Bangunan Parlimen Thailand tanam 100 pokok ganja

BANGKOK: Lebih 100 pokok ganja didapati ditanam di pekarangan bangunan Parlimen di Bangkok, Thailand, hujung minggu lalu.

Tanaman itu ditemukan oleh sepasukan pegawai yang dikerahkan untuk mengendalikan masalah kerosakan disebabkan sebatang pokok besar tumbang di dalam kawasan Parlimen akibat angin kencang.

Lapor thethaiger.com, setakat ini, butiran mengenai pihak yang menanam pokok ganja atau bagaimana ia tumbuh di kawasan bangunan kerajaan tidak dapat dipastikan.



Satu siasatan dilancarkan dan Pengarah Pejabat Keselamatan Parlimen diarahkan untuk menyiasat pihak yang berkemungkinan menanam pokok tersebut di bangunan kerajaan.

Polis juga diarahkan untuk memindahkan semua pokok ganja ditemukan itu ke lokasi lain di luar kawasan bangunan kerajaan.

Sementara itu, seorang bekas Ahli Parlimen Parti Demokrat dengan sinis memuji bakat individu yang mengusahkan tanaman ganja itu di atas tanah kerajaan.

“Sesiapa yang menanam pokok ganja ini mempunyai kemahiran pertanian yang hebat.



“Kualiti tanah di sekitar bangunan Parlimen adalah baik, namun apa yang menghairankan adalah sebelum ini lebih 347 pokok mati, tetapi pokok ganja ini pula boleh tumbuh dengan baik,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi



Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker