Harga ubat mungkin naik – Khairy

Harga ubat mungkin naik – Khairy

Harga ubat-ubatan di pasaran berkemungkinan akan meningkat ekoran kenaikan kos bekalan dan kos bahan mentah bagi menghasilkan ubat ketika ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan, kementeriannya sedang memperincikan pelaksanaan kawalan melalui mekanisme ketelusan harga ubat yang kini dalam penyediaan memorandum untuk kelulusan jemaah menteri.



“Ini adalah ketelusan harga. Saya nak bawa satu dasar supaya syarikat-syarikat farmaseutikal mestilah membentangkan kepada kerajaan mengenai kadar harga yang dijual dan dikenakan terhadap ubat-ubat seperti ubat kanser dan sebagainya.

“Sebab tanpa ketelusan harga, kita tak tahu apa kos sebenar pengeluaran ubat tersebut,. Jadi kita akan bawa satu kertas kerja supaya dapat tahu kos yang adil dan berpatutan untuk ubat tertentu,” katanya ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd. Salim Sharif (BN-Jempol) mengenai strategi Kementerian Kesihatan dalam menstabilkan harga bahan mentah ubat-ubatan bagi mengelakkan kenaikan lebih tinggi dan jaminan kerajaan terhadap jenis ubat yang akan mengalami kenaikan harga.

Bagaimanapun, kata Khairy, mekanisme mengawal harga ubat-ubatan secara terus di pasaran adalah pilihan terakhir.



“Kerajaan tidak suka mencampur tangan dalam pasaran. Kita pernah, sebagai contoh mengawal harga untuk vaksin Covid-19 terhadap pembekalan sektor swasta. Kkita masuk dan menentukan kawalan harga antara RM130 hingga RM180 dos.

“Ada pelbagai mekanisme kawalan, yang pertama ketelusan harga kita sedang usahakan dan kedua, kawalan terus dalam pasaran perlu dibuat dan akan dibuat sekiranya tidak ada penyelesaian munasabah dari syarikat-syarikat farmaseutikal,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy mengakui terdapat peningkatan mendadak permintaan ubat untuk penyakit demam, selesema dan batuk, sebagai contoh, penjualan bagi ubat paracetamol didapati meningkat sehingga 238 peratus bagi suku pertama 2022, berbanding data jualan suku pertama bagi tahun sebelumnya.

Katanya, ini meskipun pengeluaran ubat-ubatan tersebut telah ditingkatkan oleh pengilang-pengilang tempatan, malah jumlah ubat yang diimport dari luar negara telah ditingkatkan, dengan bekalan dijangka pulih pada suku keempat 2022.



“Sekarang antara ubat yang sangat kekurangan di pasaran adalah paracetamol, jadi kita bersetuju supaya stok penimbal daripada kerajaan dilepaskan dan dijual di pasaran.

“Bermula 22 Julai, kita menerima pesanan daripada 220 hospital dan klinik swasta dan akan menghantar dua buah bekalan ubat, setiap bekalan mengandungi 1,000 biji bagi setiap klinik dan lima buah bekalan untuk setiap hospital. Harga yang ditetapkan adalah harga asal yang dibeli kerajaan jadi tak ada markup dan harga yang berpatutan.

“Kita juga ada tiga jenis ubat lagi yang boleh dilepaskan dan sedang menerima pesanan daripada hospital dan klinik iaitu Promethazine (ubat selesema), Salbutamol (batuk) dan Teofilin (asma), malah kita akan pastikan harganya adalah harga berpatutan,” katanya. Utusan

Harga ubat mungkin naik – Khairy




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)



Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami

Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker