Penduduk Kalimantan sujud syukur, hujan turun selepas hampir 5 bulan
Penduduk Kalimantan sujud syukur, hujan turun selepas hampir 5 bulan

JAKARTA – Penantian hampir lima bulan penduduk di Kalimantan Selatan untuk melihat titisan air hujan berakhir semalam apabila beberapa kawasan di wilayah itu menyaksikan hujan lebat serta angin kencang, lapor laman berita Kumparan.
Di Daerah Banjar, penduduk meluahkan rasa gembira tidak terhingga sehingga ada yang melakukan sujud syukur di bawah limpahan air hujan.
Kegembiraan itu bukan tanpa sebab, memandangkan Kalimantan Selatan berdepan situasi genting apabila diselubungi jerebu tebal akibat kebakaran hutan dan tanah yang berlarutan sejak hampir lima bulan lalu.
Seorang penduduk dikenali sebagai Ronny Latar berkata, kehadiran hujan tersebut amat dinantikan dan membawa kelegaan besar kepada masyarakat setempat.
Menurutnya, hujan lebat itu dijangka dapat melenyapkan kepulan jerebu pekat yang sekian lama menjejaskan aktiviti harian serta mengancam kesihatan penduduk.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kedah Rubber City Diperkasa Sebagai Hab Industri Getah Berteknologi Tinggi
- ECRL: Jangan Lupa Siapa Yang Mulakannya – Ahmad Maslan
- ‘HAWA Care’ Dekati Rakyat, ‘Perantara’ Yang Tidak Bermusim – Shahrizat
Hujan rahmat yang turun petang semalam dianggap penduduk sebagai memberi sinar harapan baharu bahawa episod jerebu sampai ke penghujungnya.
Selain menyingkirkan asap tebal, penduduk berharap cuaca basah itu mampu menamatkan krisis kemarau panjang serta memenuhkan semula telaga-telaga kampung yang kontang. – AGENSI
Penduduk Kalimantan sujud syukur, hujan turun selepas hampir 5 bulan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Bukan Bumi Fitnah – Ab Rauf
- ‘Kerajaan Silih Berganti, Reformasi Undang-undang Demi Rakyat Mesti Diteruskan’
- Lima Kolej Kediaman Baharu Bakal Dibangunkan Di Universiti Awam
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.