Jika DAP dan PKR selamatkan PN maknanya kami dah hilang akal

Jika DAP dan PKR selamatkan PN maknanya kami dah hilang akal. Ahli Parlimen DAP tidak akan menggadaikan prinsip mereka semata-mata untuk menyelamatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) seperti yang didakwa pada usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri, September ini.

Timbalan Pengerusi DAP negeri, Teo Nie Ching berkata, pendirian mereka dan Pakatan Harapan (PH) setakat ini adalah kekal iaitu tidak menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sudah hilang majoriti.

Ahli Parlimen Kulai itu berkata, dakwaan ada dalam kala­ngan ahli Parlimen DAP dan PKR cenderung berpihak kepada PN mungkin hanya sekadar perang psikologi pihak tertentu bagi memastikan tiada lagi ahli Parlimen UMNO yang meninggalkan gabungan itu.



“Saya rasa, ini kenyataan dan tuduhan yang tidak berasas, setakat ini, PH termasuk Pejuang dan Warisan pun menyatakan pendirian kita untuk tidak menyokong Perdana Menteri.

“Kita pun sudah menulis surat menyatakan perkara itu kepada pihak Istana Negara bagi memaklumkan pendirian menolak Muhyiddin sebagai Perdana Menteri,”

Ada kejutan terbesar berlaku ber­dasarkan faktor ada dalam kalangan ahli Parlimen DAP dan PKR cenderung berpihak kepada PN.

Malah, keyakinan PN untuk meraih majoriti itu akan diterus­kan pula dengan satu rombakan Kabinet sebagai tanda kepemimpinan serius untuk memastikan sur­vival kerajaan bertahan se­kurang-kurangnya sehingga Par­li­men dibubarkan.



Sementara itu, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid turut menafikan penglibatan ahli-ahli Parlimen pembangkang bagi ‘menyelamatkan’ ma­joriti tipis kerajaan PN dalam usul undi percaya di Parlimen, September ini.

Beliau berkata, ini termasuk dakwaan bahawa DAP akan memeterai perjanjian keyakinan dan pembekalan (CSA) dan menyokong Muhyiddin.

Ahli Parlimen Kapar itu yakin semua ahli Parlimen pembangkang ‘tidak lari,’ malah, sepakat bersama Pakatan Harapan (PH) dan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di Port Dickson, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian pakatan itu adalah untuk mengemukakan calon Perdana Menteri bagi menggantikan Muhyiddin.



“PH punya pendirian adalah untuk mengemukakan calon PH kerana kita jadi blok yang terbesar, tidak berbangkit soal memberikan sokongan kepada calon-calon lain,” katanya.

Jika DAP dan PKR selamatkan PN maknanya kami dah hilang akal


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Game Plan Terbaru Muhyiddin



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker