Pegawai menteri mula kemas pejabat

Pegawai menteri mula kemas pejabat

Beberapa pegawai menteri sudah mula mengemaskan barang-barang dan mengosongkan pejabat masing-masing pada Sabtu.

Difahamkan, ada yang sudah berbuat demikian sejak UMNO mengumumkan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).



Seorang pegawai menteri berkata, beliau sudah mengemas barang-barang sejak kemelut politik melanda negara beberapa minggu lalu.

“Sebelum UMNO tarik sokongan lagi saya sudah kemas barang-barang dan hanya tinggal sedikit di pejabat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Sementara itu, seorang lagi pegawai ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp berkata, beliau juga sedang mengemas pejabat, namun tidak mengulas lanjut.

Pada petang Jumaat, Muhyiddin berusaha untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri dengan menawarkan kerjasama rentas parti antara kerajaan PN dengan parti di luar kerajaan sekiranya usul undi percaya terhadapnya diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 September depan.

Menurutnya, cadangan itu dibuat bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi ketika pandemik Covid-19 dengan sokongan bipartisan di Parlimen.

Pada masa sama, ia bagi mengelakkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik berterusan dan tidak diselesaikan segera. Sinar



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Pegawai menteri mula kemas pejabat

Game Plan Terbaru Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker