Jangan buat provokasi, Pemuda UMNO beritahu DAP

Ini susulan PM bukan Melayu dan cadangan pilihan raya PBT.

Jangan buat provokasi, Pemuda UMNO beritahu DAP

Pemuda Umno menggesa pemimpin DAP supaya “lebih sensitif” dan berhenti membuat kenyataan berbentuk provokasi, menujukannya pada Lim Kit Siang dan Tan Kok Wai.

Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh berkata, kenyataan Lim berkaitan impian orang bukan Melayu menjadi perdana menteri, dan gesaan Tan agar pilihan raya majlis tempatan diadakan di Kuala Lumpur adalah tidak perlu dan boleh mencetuskan ketidakharmonian.



“Malah saya percaya (anggota) kerajaan perpaduan sendiri juga tidak selesa (dengan kenyataan-kenyataan sebegini).

“Ia umpama provokasi sengaja terhadap ‘status quo’ persefahaman antara kaum yang dikecapi selama ini,” katanya di Facebook hari ini.

Beliau menegaskan, hanya 45.9% penduduk di Kuala Lumpur merupakan Bumiputera, jadi akan wujudnya “ketidakseimbangan” jika pilihan raya diadakan.

Akmal, yang juga exco Melaka berkata, Malaysia ditadbir “berdasarkan konsensus dan kemuafakatan” sejak enam dekad lepas, dengan sokongan majoriti.



Kenyataan seperti yang dibuat pemimpin-pemimpin DAP itu, menurutnya, seolah-olah mengandungi mesej atau isyarat yang tersirat.

“Pimpinan DAP harus lebih sensitif dan menghormati keharmonian sedia ada, bukan membangkitkan rasa tidak senang dan pesimis dalam kalangan masyarakat dan sesama kaum.

“Berada dalam kerajaan yang sama tidak bermaksud boleh bersetuju dalam semua perkara kerana kerajaan ini bukanlah kerajaan DAP tetapi ia dibina dengan kehadiran Umno.

“Pemuda Umno tidak sesekali berkompromi dengan apa jua cadangan dan tindakan seumpama ini,” katanya.



Kenyataan Lim yang dibuatnya pada ceramah kepada pelajar di United Kingdom membawa kepada Bukit Aman membuka siasatan, selain timbulnya gesaan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk mengkhususkan jawatan perdana menteri bagi orang Melayu.

Cadangan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal itu dikritik pelbagai pihak, selain turut ditolak Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Tan mencadangkan agar pilihan raya majlis tempatan diadakan di Kuala Lumpur semasa konvensyen peringkat negeri semalam. Ahli Parlimen Cheras dan Ketua DAP Kuala Lumpur itu berkata, memperkenalkan semula pilihan raya sedemikian akan mewujudkan kemampanan dan memberikan hak kepada penduduk untuk memilih wakil majlis tempatan mereka.

Pilihan raya majlis tempatan di Malaysia digantung pada 1960-an dan kemudiannya digantikan dengan sistem lantikan ketua majlis tempatan oleh kerajaan negeri.



Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming sebelum ini berkata, kerajaan perpaduan tidak bercadang untuk memperkenalkan pilihan raya majlis tempatan buat masa ini. FMT

Jangan buat provokasi, Pemuda UMNO beritahu DAP

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jeslina Hashim bakal kahwin kerabat diraja

Mati pucuk, dapat P-Shot, Zainal dah cuba



Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung

Tok Mat makin gah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker