PKR bidas langkah terdesak ‘ugut’ Ahli Parlimen keluar parti, sertai gabungan kerajaan

Saifuddin Nasution Ismail wearing a suit and tie: Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, parti itu maklum tentang langkah terancang pihak tertentu untuk melemahkan kekuatan wakil rakyat, terutama Ahli Parlimen pembangkang.
© Provided by Free Malaysia Today Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, parti itu maklum tentang langkah terancang…

PETALING JAYA: PKR mengecam tindakan terdesak mengugut atau memberi habuan supaya Ahli Parlimennya keluar parti untuk menjadi wakil bebas atau menyertai kerajaan.

Setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Ahli Parlimen PKR harus berpegang teguh kepada prinsip perjuangan dan semangat reformasi.

“Sentiasa beringat bahawa rakyat menilai setiap tindakan kita dan siap membalasnya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Saifuddin berkata, PKR mengambil maklum kewujudan langkah terancang pihak tertentu untuk melemahkan kekuatan wakil rakyat, terutama Ahli Parlimen pembangkang, termasuk dalam kalangan wakil rakyat parti itu.



Katanya, ia dilakukan dengan pendekatan ugutan dan umpan habuan sama ada berkait isu cukai pendapatan, siasatan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau melalui tawaran projek dan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Hal ini berlaku tatkala kerajaan sedia ada sudah hilang sokongan majoriti di Parlimen, dan dalam keadaan sidang Parlimen boleh diadakan sewaktu Darurat berkuat kuasa.

“Pada masa yang sama, jelas di mata ramai bahawa kerajaan kini sudah tidak mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat, sama ada berkait pendidikan, pekerjaan, mahupun kesihatan awam,” katanya.

Terdahulu hari ini dilaporkan 2 Ahli Parlimen PKR dijangka keluar parti itu untuk menyertai gabungan kerajaan.



Sumber berkata, dua Ahli Parlimen itu, masing-masing seorang dari Semenanjung dan Malaysia Timur dijangka menyertai parti mesra Perikatan Nasional (PN).

PKR memenangi 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lepas.

Mahathir Terdesak?



Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker