Darurat & Parlimen

1. Umum mengetahui Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah memperkenankan Proklamasi Darurat bukan bertujuan untuk menggantung sidang Parlimen. Malah baginda turut menegaskan hasrat sebenarnya Darurat tersebut adalah bagi menangani penularan wabak Covid-19.

2. YDP telah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang ketika Darurat. Ia dizahirkan melalui Kenyataan Media Istana Negara bertarikh 12 Januari lalu. Baginda sudah berunding dengan banyak pihak berwibawa untuk membuat keputusan, malah permintaan kali pertama Perisytiharan Darurat oleh Jemaah Menteri, tidak diperkenan.

3. Baginda turut menjelaskan keadaan Darurat disebut sebagai tindakan proaktif khusus untuk memerangi wabak ini. Namun beberapa pihak keliru dengan tanggapan bahawa pelaksanaan Proklamasi Darurat menghalang Parlimen bersidang adalah tidak tepat.

4. Pandangan saya, persidangan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) amat penting kerana kita harus mempertahankan, memelihara kebebasan dan kedaulatan negara demokrasi. Parlimen perlu terus menjadi satu perhimpunan bagi membincangkan hal-hal melibatkan kepentingan negara. Ia juga penting bagi melancarkan proses meluluskan dan meminda Undang-Undang Persekutuan selain memeriksa dasar-dasar kerajaan serta meluluskan Bajet Kerajaan dan cadangan cukai yang baru.

5. Kali terakhir Dewan Rakyat bersidang adalah pada akhir tahun lalu iaitu pada 17 Disember 2020 manakala Dewan Negara pada 29 Disember 2020. Pada pandangan saya, Mac adalah waktu yang tepat untuk menyahut titah Baginda yang tidak menafikan persidangan Parlimen dilaksanakan.

6. Tiada peruntukan menggantung Parlimen atau halangan mengadakan pilihan raya di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang diwartakan pada 14 Januari 2021. Ordinan Darurat yang dikuatkuasa hanya menggantung kuat kuasa peruntukan yang menyentuh batasan masa untuk memanggil persidangan Parlimen.

7. Semoga Malaysia akan terus menjadi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang berteraskan prinsip Keluhuran Perlembagaan

Salleh Said Keruak

ADUN DUN Usukan, Sabah

 

Nampak sangat darurat Abah darurat politik!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker