Mahiaddin Md. Yasin terdesak selamatkan hayat politik

Mahiaddin Md. Yasin terdesak selamatkan hayat politik. Tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengemukakan tujuh tawaran kepada ahli Parlimen disifatkan seperti terdesak untuk menyelamatkan hayat politik desperado.

Pengerusi UMNO Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail berkata, rangka persefahaman rentas parti itu tidak lebih sekadar ‘gula-gula politik’ dan cuba untuk menampakkan seolah-olah usaha itu suci bagi menyelamatkan negara.

“Beliau (Muhyiddin) sendiri sudah mengakui tiada satu pihak pun kini memperoleh sokongan majoriti di Parlimen iaitu satu pengakuan bersalah (admission of guilt) yang nyata di pihaknya, yang sebelum ini sering mengakui mempunyai majoriti berkenaan.

“Saya percaya, tawaran terbuka ini tidak akan mendapat sokongan ahli-ahli Parlimen terutamanya dalam kalangan ahli UMNO yang masih setia dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) apatah lagi Perhimpunan Agung UMNO 2020,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pada Jumaat, Muhyiddin menawarkan kerjasama rentas parti antara kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan parti di luar kerajaan sekiranya usul undi percaya terhadap beliau diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 September depan.

Menurut beliau, cadangan itu dibuat bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi ketika pandemik Covid-19 dengan sokongan bipartisan di Parlimen.

Mengulas lanjut tawaran itu, Wan Rosdy berkata, sewajarnya Muhyiddin bersikap ‘gentleman’ tanpa membuat tawaran terbuka seperti ini.

Katanya, ini kerana perbuatan itu akan dilihat sebagai satu sogokan tidak bermaruah.

“Persidangan khas Parlimen sesegera mungkin bagi menentukan keabsahan kedudukannya,” ujarnya.

Sehubungan itu, Wan Rosdy mahu persepakatan yang terjalin UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional diperkukuhkan.

“Inilah sebenarnya alternatif terbaik dalam mengharungi kemelut yang ada, Insya ALLAH,” katanya.

Mahiaddin Md. Yasin terdesak selamatkan hayat politik


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangka hayat PN dan Muhyiddin sudah berakhir

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker