Pertemuan Ismail, Hamzah di Royal Chulan bentuk kerajaan baharu?

Pertemuan Ismail, Hamzah di Royal Chulan bentuk kerajaan baharu? Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur, hari ini dipercayai berhubung rancangan pembentukan kerajaan baharu.

Mereka mula berkumpul sejak pukul 3 petang tadi setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tinggi Bersatu dan dijangka menghantar surat peletakan jawatan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, esok.

Spekulasi timbul apabila Ismail Sabri dikatakan menjadi pilihan utama yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri manakala Hamzah sebagai Timbalan Perdana Menteri.



Pertemuan di Royal Chulan dilaporkan adalah bagi mengumpulkan surat akuan bersumpah (SD) bagi mendapatkan sokongan majoriti membentuk kerajaan.

Jika menjadi kenyataan, Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri Ke-9 dalam sejarah dan Perdana Menteri yang ketujuh dari UMNO

Pertemuan Ismail, Hamzah di Royal Chulan bentuk kerajaan baharu?


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin Sah Letak Jawatan Esok

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker