Azwan Ali Mengamuk,Kau Merangkaklah Kat Padang Masyhar Cari Aku

Azwan Ali Mengamuk,Kau Merangkaklah Kat Padang Masyhar Cari Aku

Baru-baru ini pelakon, Rozita Che Wan mendakwa pengacara, Azwan Ali telah mengkritiknya dengan mengatakan pelakon wanita itu sudah buang tabiat apabila berpakaian sedemikian untuk pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Namun, Azwan Ali atau lebih mesra dikenali sebagai Diva AA membalas bahawa dia tidak akan memaafkan selebriti terbabit kerana telah memuat naik status tanpa menyelidik atau bertanya kepada dirinya dahulu.



Tambahnya lagi, dia juga tidak mahu melibatkan dirinya dalam provokasi bersama pelakon wanita tersebut dan telah memadam segala foto mereka bersama di dalam laman media sosial Instagramnya.

Who are ‘yus??? Kau fitnah aku, kau merangkaklah kat padang masyhar cari aku nanti… Aku takkan maafkan kau!

Ketika ditemubual oleh Gempak, Diva AA berkata pelakon wanita tersebut lebih mempercayai orang luar dari dia yang sudah dikenali lama dan mempertikaikan kenapa beliau tidak menghubunginya dahulu untuk bertanya soal ciapan tersebut.

Sedia maklum, sebelum ini Che Ta ada memuat naik sebuah hantaran dimana dia mengungkapkan rasa kecewa apabila rakannya itu telah melemparkan kata-kata yang kurang sopan terhadap dirinya.



Dikritik Pengacara Popular Guna Bahasa Kesat, Che Ta Luah Rasa Terkilan

Pelakon popular, Rozita Che Wan (Che Ta) baru-baru ini mencuri tumpuan apabila tampil dengan busana berwarna perak dengan labuci berkilau ketika mendapatkan suntikan dos kedua vaksin.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Che Ta secara berseloroh bimbang baju akan reput jika dibiarkan terlalu lama di dalam almari.



Walau bagaimanapun, gaya glamor Che Ta itu menerima kritikan daripada pengacara, Azwan Ali. Tulisnya di Twitter, pelakon wanita itu seperti sudah buang tabiat apabila tampil berpakaian sedemikian ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Kecewa dengan bahasa kurang sopan yang dilemparkan, Che Ta sendiri tidak mengetahui mengapa Azwan Ali sanggup berkata sedemikian. Menurutnya, dalam tahun ini sahaja, mereka sudah tiga kali bertemu dan sangat mesra di antara satu sama lain.

Azwan Ali Mengamuk,Kau Merangkaklah Kat Padang Masyhar Cari Aku


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker