Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia

Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia

Pengasas jenama Mustika Ratu dan Yayasan Puteri Indonesia (YPI), Mooryati Soedibyo meninggal dunia hari ini, lapor portal Kompas.

Mooryati, 96, juga ialah ibu kepada ahli Majlis Penasihat Presiden (Wantimpres), Putri Kuswisnuwardhani.



Berita kematian Mooryati itu disahkan oleh Duta Khas Presiden bagi Pembasmian Kemiskinan dan Kerjasama Keselamatan Makanan, Muhamad Mardiono.

Menurutnya, dia menerima berita itu daripada Putri Kuswisnuwardhani, awal pagi hari ini.

“Saya menerima berita sedih ini daripada Putri pada 1.44 pagi,” katanya.

Menerusi berita yang disampaikan Putri, dijelaskan Mooryati Soedibyo meninggal dunia kira-kira 1 pagi.



Jenazah Mooryati akan dibawa ke rumah di Menteng, Jakarta Pusat.

Selepas itu, jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan di Tapos, Bogor, selepas tengah hari ini.

Selain aktif dalam sektor perniagaan dan pakar kecantikan, Mooryati Soedibyo juga pernah menjadi anggota Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) Indonesia antara 2004-2009.

Selain itu, wanita yang mempunyai hubungan dengan Istana Solo ini turut tersenarai dalam senarai 99 Wanita Paling Berpengaruh di Indonesia pada 2007 oleh majalah Globe Asia.



Mooryati juga digelar Sarjana Perubatan Herba Indonesia kerana kepakarannya dalam menghasilkan jamu, yang kemudiannya menjadi salah satu bidang perniagaan yang diceburinya.

Mooryati juga adalah pengasas acara kecantikan Miss Indonesia sejak 1992. BH

Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini

‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)



Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan

Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker