Ringgit dijangka sekitar RM4.76 berbanding dolar AS minggu depan

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan berhati-hati, berlegar di sekitar paras RM4.76 serta cenderung untuk menaik berbanding dolar AS minggu depan, kata seorang penganalisis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ringgit dalam keadaan terlebih jual untuk sekian lama dan pembetulan teknikal yang sudah lama tertunda dijangka berlaku untuk menaikkan sedikit mata wang itu.

Isu mengenai tempoh masa untuk pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan jangkaan rangsangan ekonomi China yang kukuh akan terus memacu sentimen pasaran.​

Minggu depan, tumpuan utama ialah indeks harga pengguna (CPI) AS yang akan dikeluarkan pada Selasa, dan pengumuman mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat (S4) 2023 pada 16 Februari, katanya.​

“Kami berpendapat KDNK suku keempat 2023 akan hampir sama dengan anggaran awal 3.4 peratus, menjadikan pertumbuhan setahun penuh 2023 kepada 3.8 peratus. KDNK Malaysia untuk tahun ini berkemungkinan lebih baik dari 2023 berikutan peningkatan dalam eksport bersih dan permintaan dalam negeri.

“Penilaian terkini prospek ekonomi tahun ini akan dapat diketahui melalui pengumuman KDNK bagi S4 2023. Jadi, pasaran akan berhati-hati,” katanya.

Mohd Afzanizam menambah pasaran juga akan memantau data CPI AS dan jika ia lebih tinggi daripada jangkaan, ia akan mengukuhkan naratif untuk meningkatkan kadar faedah.

Bagi minggu urus niaga yang baru berakhir, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur dengan mengambil kira pelbagai data ekonomi AS untuk mengukur hala tuju kadar faedah AS serta jangkaan pakej rangsangan ekonomi yang besar bagi China.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding dolar AS pada 4.7595/7705 berbanding 4.7155/7185 pada minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, unit tempatan itu diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1849/1925 daripada 3.2142/2164 seminggu sebelumnya, naik berbanding pound Britain kepada 6.0017/0156 daripada 6.0160/0199 dan tinggi berbanding euro kepada 5.1241/1359 berbanding 5.1352/1384 sebelum ini.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding beberapa mata wang di ASEAN.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5342/5429 daripada 3.5309/5334 seminggu lalu dan jatuh berbanding rupiah Indonesia kepada 304.3/305.2 berbanding 301.0/301.4 sebelum ini.

Ringgit turut susut berbanding peso Filipina kepada 8.51/8.55 daripada 8.43/8.44 pada minggu lalu tetapi naik berbanding baht Thailand kepada 13.2540/2902 daripada 13.3735/3873 pada Jumaat lalu.

– BERNAMA

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang

Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair

Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker