15 tempat untuk tuntut khairat kematian yang wajib anda tahu [Kemaskini 2022]

Disebabkan khairat kematian TIDAK dikira sebagai harta pusaka maka terserahlah pada budi bicara waris-waris. Nak guna buat bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau lain-lain terserah pada waris asalkan untuk tujuan yang baik.
Tapi pastikan guna dulu untuk tujuan utama khairat ni dibuat iaitu untuk urusan jenazah.

Segala kos pengurusan jenazah guna duit ini. Jika ada waris dahulukan duit mereka, boleh gantikan semula. (mengikut budi bicara waris-waris) Sini dikongsikan *15 tempat tuntutan khairat kematian*. Pastikan anda baca satu persatu.

1. KHAIRIAH MASJID
▪Sekitar RM 500 – RM 5,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah

2. Tabung Haji
▪RM 1,500
▪Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di Tabung Haji

3. PERKESO
▪RM 2,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO

4.  KWSP
▪RM 2,500
▪Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP

5. Pembayar ZAKAT
▪RM 3,000 [MAIWP] bergantung kepada negeri masing-masing
▪Syarat: Pembayar zakat

6. Bantuan Mengurus Jenazah JPA
▪RM 3,000
▪Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam

7.  BANK RAKYAT
▪RM 3,000
▪Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat

8. MAYBANK
▪RM 1,000
▪Syarat: Akaun Individu sahaja

9. ASNB
▪RM 200 – RM 2,000
▪Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati

10. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
▪RM 1,000
▪Syarat: Skim Khairat Kematian (SKK) layak bagi Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan sahaja

11. SKIM TAKAFUL
▪RM 2,000 – RM 5,000
▪Syarat: si mati pencarum takaful

12. PERSATUAN BERDAFTAR /NGO /KOPERASI
▪RM 500 – RM 5,000
▪Syarat: si mati adalah ahli berbayar Persatuan/NGO/Koperasi

13. PENCEN (Kakitangan Awam)
▪RM 3,000

14. Pemegang Kad Kredit Islamic
▪RM 500 – RM 2,000 bergantung kepada kad
▪ Pelan perlidungan takaful percuma + khairat kematian

15. LAIN-LAIN
Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas.
Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu itu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.
Macam mana nak tuntut?

Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri, polisi takaful di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian.

PERINGATAN supaya jangan ditangguh kerana permohonan bagi khairat kematian ini ada tempoh waktu

Yang bekerja sendiri, yang tidak mencarum dalam KWSP dan Perkeso, sila carum secara sukarela.
Yang tidak ada insuran/takaful diri, silalah beli takaful dengan kadar yang mampu. Tak perlu nak beli caruman yang mahal tapi sekadar mampu bayar. Cukup yang murah tetapi membantu waris jika terjadi apa-apa nanti. Biarkan waris kita menangis kerana kehilangan kita, jangan waris kita menangis kerana terbeban kerana kehilangan kita.

15 tempat untuk tuntut khairat kematian yang wajib anda tahu [Kemaskini 2022]


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter

Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]

 

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker