Alicia Amin teringin jadi gadis kampung

Alicia Amin teringin jadi gadis kampung

PENGALAMAN cedera ketika melakukan aksi lasak sehingga penggambaran terpaksa dihentikan tidak mematahkan semangat model popular yang kini terjun ke dunia lakonan, Alicia Amin untuk terus meneroka cabang karier baharunya itu.

Katanya, dugaan luar jangka boleh berlaku dalam mana-mana kerjaya, sekali gus membuatkan dia tidak serik mencabar diri walau pun berdepan kemalangan seperti yang berlaku di set filem The Dissapearance of Irdina Adhwa, tahun lalu.

“Waktu itu babak lasak pertama saya bersama Josiah Hogan yang membawakan watak pembunuh cuba menetak Sofia lakonan saya. Kami tak perasan lantai berhampiran bilik air itu licin.



“Entah macam mana Josiah terjatuh dan terpijak kaki saya. Memang saya dalam kesakitan sampai penggambaran terpaksa dihentikan seketika memandangkan bahagian buku lali saya yang membengkak.

“Saya tak salahkan dia pun sebab faham tak sengaja. Sebagai pelakon, tambah-tambah dalam filem aksi sebegitu kita kena bersedia berhadapan segala kemungkinan.

“Mujur tak patah tetapi ketika hubungi suami, air mata saya terus mengalir sebab sakit sangat tapi sebaik okey, saya lagi teruja untuk beraksi,” katanya.

Selain Alicia dan Josiah, filem arahan pengarah muda asal Sabah, Kyle A Halim tersebut turut membariskan Syazuwan Hassan, Bulan Terry, Nafiz Muaz, Melanie Tan, Nelissa Nizam, Hasmira Azmi dan Abbas Mahmoud.



Bakal disiarkan menerusi Astro First, model sensasi berusia 26 tahun itu julung kali diangkat sebagai heroin dengan memegang watak gadis kolej bernama Sofia yang melalui emosi kehilangan rakan karib secara misteri.

Menjalani penggambaran di Melaka dan Sabah, filem berkenaan mengisahkan tujuh pelajar kolej yang bercuti di sebuah banglo selepas selesai majlis graduasi mereka.
Namun percutian menyeronokkan yang diharap dapat melepaskan mereka daripada tekanan sebagai pelajar akhirnya mengundang tragedi berdarah.

Berkongsi lagi mengenai pengalaman di set, akui Alicia perkara mencabar adalah memastikan stamina terus bertahan memandangkan 90 peratus penggambaran berlangsung pada waktu malam.

Malah fokus setiap pelakon juga tidak boleh lari disebabkan perlu ‘bermain’ dengan senjata sebenar seperti pisau, selain harus bercakap dalam dialek Sabah.



Sebagai Sofia, Alicia perlu bermain emosi dalaman dan lebih bermakna, perkara tersebut banyak dibantu oleh seorang pengarah yang terbuka menerima sebarang buah fikiran.

Bertuah

Malah Alicia juga mempunyai rancangan mendapatkan khidmat guru lakonan sebagai persediaan untuk membawakan banyak lagi peranan mencabar.

“Saya masih hijau dalam dunia lakonan, namun saya sedia belajar untuk memantapkan mutu persembahan sebab saya serius untuk terus mara dalam arena ini.

Ads by Kiosked
“Sekarang memang saya suka mencuba pelbagai watak biarpun tampak kecil kerana saya pasti setiap karakter mempunyai kekuatan mengikut pembawakan aktor.

“Sebagai pelakon saya mahu membuktikan kemampuan diri dan antara peranan yang saya tunggu adalah sebagai wanita kampung kerana sebelum ini dikatakan hanya sesuai untuk watak seksi,” katanya lagi.

Dalam mendepani kesibukan sebagai model dan aktres, Alicia berasa bertuah kerana mendapat sokongan padu suami, Dr. Farzan Iqbal, 28, yang memahami kerjayanya.

Perkahwinan mereka yang genap setahun pada 14 Februari lalu masih dirasakan sebagai fasa bulan madu, sekali gus ruang untuk memperkukuhkan ekonomi sebelum kehadiran orang baharu.

“Buat masa ini memang tiada tekanan soal anak kerana kami pun masih ingin mengukuhkan kerjaya dulu sebagai persediaan masa depan,” katanya. K Online

Alicia Amin teringin jadi gadis kampung


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker