Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Menarik perhatian pengikut hingga ke Russia, Nafiez Zaidi tidak menyangka babak lakonan dalam drama Bunga Hati yang memaparkan dirinya ‘dibelasah’ bintang senior, Fauziah Ahmad Daud, tular, hingga perhatian tertumpu ke arahnya.

Nafiez yang membawa watak Luqman iaitu anak istimewa dalam drama berkenaan, tersentuh apabila ramai memuji aksi mereka terutama lakonan hebat Fauziah atau mesra disapa Kak Ogy.

“Selepas lapan tahun berlakon, akhirnya, orang nampak kehadiran saya. Watak Luqman memberi impak.

“Babak di mana saya disepak dan diterajang Kak Ogy dianggap pengalaman cukup berharga… Ia mungkin tidak akan datang lagi.

“Pada mulanya, saya fikir, pengikut di Malaysia sahaja yang sedar babak tular itu. Rupa-rupanya klip video itu viral hingga ke Russia penangan media sosial termasuk Instagram (IG) dan TikTok.

“Ada yang fikir babak itu kejadian sebenar hingga merasa kasihan terhadap Luqman. Ada juga yang tidak sampai hati melihat saya dibelasah Kak Ogy,” katanya.

Nafiez berkata, babak dalam drama arahan Jamal Khan dan Che Mie itu adalah aksi sebenar.

“Ini bermakna, saya memang ‘dibantai’ betul-betul oleh Kak Ogy. Tidak wujud istilah curi ‘shot’ atau suntingan dalam babak itu.

“Namun, Kak Ogy ‘memukul’ saya dengan teknik yang tidak mendatangkan kecederaan. Macam itu baru ‘feel’ dipukul.

“Kalau setakat ‘pukul angin’ mungkin babak itu tampak biasa,” katanya yang diperkenalkan melalui drama Kiah The Spy pada 2013.

Berkongsi perkembangan terkini, Nafiez yang juga teman lelaki Fify Azmi, sedang menyiapkan penggambaran musim kedua drama Air Mata Di Bumi Matador. BH

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker