Mahathir obses dengan Najib, 10 kali tulis nama dalam surat

Mahathir obses dengan Najib, 10 kali tulis nama dalam surat

Perbalahan antara dua bekas Perdana Menteri berterusan apabila Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad seolah-olah obses dengan beliau.

Najib mengakui keliru dengan sikap Mahathir yang dikatakan tidak sanggup lagi untuk menyebut nama beliau, namun, namanya ditulis 10 kali dalam surat terbarunya.



“Tak faham dengan dia ini. Selepas surat pertamanya yang petik nama saya, dia kata dia tak sanggup ratib nama saya lagi tapi keseluruhan surat kedua dia adalah berkenaan saya.

“Nama ‘Najib’ ditulis 10 kali dalam satu setengah muka suratnya,” katanya dalam akaun Facebook miliknya.

Bagaimanapun, Najib yang mengakui masih terhutang budi pada Mahathir yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri, menganggap Mahathir mempunyai muslihat tertentu.

“Mungkin dia pernah tekan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) untuk sokong saya tapi masalahnya ialah selepas saya jadi Perdana Menteri, Tun asyik tekan saya untuk sokong projek-projek kroni kamu juga.



“Bila saya tolak, Tun meroyan pulak dan mula mencorak langkah untuk berkomplot dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jatuhkan saya pada tahun 2014 sebelum 1MDB menjadi isu. Anak Tun sendiri yang mengaku ini di mahkamah dan kantoikan kamu serta Muhyiddin,” katanya. Utusan

Mahathir obses dengan Najib, 10 kali tulis nama dalam surat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker