Peluang Sabah, SFC ke final Piala FA masih terbuka
Peluang Sabah, SFC ke final Piala FA masih terbuka

Kuala Lumpur: Slot ke final Piala FA masih terbuka buat Sabah FC dan Selangor FC (SFC) selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Likas, sebentar tadi.
SFC yang turun sebagai pasukan pelawat jelas kecewa susulan gagal membawa bekalan selesa apabila melepaskan kelebihan satu gol pada minit akhir perlawanan untuk membenarkan Sabah FC mengikat kedudukan 2-2.
Justeru, SFC di bawah bimbingan Christophe Gamel tidak ada pilihan selain menundukkan Sabah FC pada aksi separuh akhir kedua di laman sendiri, 30 November ini.
Pada aksi terbabit, tuan rumah hanya memerlukan tempoh 13 minit untuk membuka jaringan perlawanan menerusi penyudah sempurna Ajdin Mujagic dan kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa.
Keputusan Gamel memasukkan pemain gantian, Fazly Mazlan membuahkan hasil apabila hantaran yang dilakukannya terkena pertahanan tuan rumah, Dane Ingham untuk menghasilkan gol penyamaan pada minit ke-65.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Jaringan itu seperti membangkitkan semangat pelawat untuk memburu jaringan tambahan dan hasilnya, Nooa Laine bijak menanduk masuk hantaran Faisal Halim pada minit ke-80.
Ketika aksi hampir berakhir 2-1 berpihak buat SFC, Mujagic sekali lagi menyerlahkan ketenangan untuk menghidu peluang bagi menghasilkan gol penyamaan buat Sabah FC pada masa kecederaan.
Peluang Sabah, SFC ke final Piala FA masih terbuka
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.