Tragedi Rayan ‘Berulang’ Di Afghanistan, Doa Malaysia Buat Haidar [VIDEO]

Tragedi Rayan ‘Berulang’ Di Afghanistan, Doa Malaysia Buat Haidar [VIDEO]

Kandahar: Penyelamat di Afghanistan bergelut untuk menyelamatkan kanak-kanak lelaki sembilan tahun yang sudah dua hari terperangkap dalam perigi di selatan Zabul.

Operasi di Kampung Shokak itu berlangsung kira-kira dua minggu selepas tragedi Rayan, kanak-kanak lima tahun yang terjatuh dalam perigi berkedalaman 32 meter di Maghribi.



Rayan bagaimanapun meninggal dunia pada 6 Februari lalu, selepas diselamatkan pada hari kelima dia terperangkap.

Video tular di media sosial sejak Khamis, menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki dikenali Haidar tersepit dalam perigi namun masih dapat menggerakkan tangan dan bahagian atas badannya.

Dalam video itu, bapa Haidar kedengaran berkata, “awak OK anakku? Cakap dengan saya dan jangan menangis. Kami sedang berusaha bawa awak keluar.”

https://twitter.com/IslamPaal/status/1494270472070254593



Pihak berkuasa memaklumkan, mangsa terperangkap pada kedalaman kira-kira 10 meter.

“Pasukan penyelamat berada di sana bersama ambulans, tangki oksigen dan pelbagai lagi peralatan yang diperlukan,” ciap Setiausaha kepada Timbalan Perdana Menteri, Abdul Ghani Baradar di Twitter.

Buat masa ini, pasukan penyelamat menjalankan kerja menggali dari sudut permukaan untuk cuba menghampiri lokasi mangsa itu terperangkap.



Mereka menggunakan teknik sama dilakukan pasukan penyelamat yang terbabit dalam tragedi Rayan.

Berdasarkan beberapa gambar dikongsikan di laman sosial media, kanak-kanak itu dikatakan tersepit pada bahagian sisi dan tidak dapat menggerakkan tangan dan bahagian atas badannya.

https://twitter.com/paykhar/status/1494397261744332801

Susulan itu, rata-rata netizen Malaysia terus menitipkan doa agar usaha penyelamatan itu berjaya dan Haidar dapat kembali ke pangkuan keluarga semula.

“Ya Allah semoga dia dilindungi,” kata Reen Aminuddin.



“Ya Allah, semoga Haidar dapat pulang ke pangkuan keluarga, moga kes Rayyan sebelum ini dapat dijadikan iktibar, lindungi mereka,” doa Queen Adam.

Tragedi Rayan ‘Berulang’ Di Afghanistan, Doa Malaysia Buat Haidar [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker