Aziz Bakal Cabar Hasni Di Benut

Oleh Nurul Aishah

MUNGKIN ramai yang tidak tahu yang Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari adalah orang Johor. Adik MB Selangor iaitu Aziz Shari, 33, yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pontian dikatakan mahu mencabar Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad yang juga penyandang DUN Benut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Aziz Shari, 33, yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pontian dikatakan mahu mencabar Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad yang juga penyandang DUN Benut dan dijangka mempertahankan kerusinya itu.



Adik MB Selangor yang merupakan anak jati kelahiran Kampung Asam Kumbang, Benut dilihat semakin aktif dalam kerja kemasyarakatan bersama badan bukan kerajaan (NGO) di Benut sejak beberapa tahun lalu.

DUN Benut adalah antara dua kerusi DUN yang terletak di dalam Parlimen Pontian, selain DUN Pulai Sebatang.

Hasni yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO adalah penyandang kerusi DUN Benut selama tiga penggal sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada tahun 2008.

Pada PRU-14 lalu, Hasni menewaskan calon BERSATU, Zulkifly Tasrep dan Mohd Firdaus Jaafar (PAS) dengan majoriti 4,447 undi.



UMNO Johor telah menyatakan pendirian untuk terus memberikan sokongan teguh kepada Datuk Hasni menerajui kerajaan negeri pada masa akan datang.

Beliau juga adalah ‘poster man’ dalam barisan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri Johor berdasarkan faktor kejayaan beliau memimpin Johor dalam suasana sukar selama ini.

Hasni merupakan seorang pemimpin berpengalaman luas, memiliki kredibiliti tinggi dan cukup matang dalam menangani segala cabaran selepas kegagalan yang ditinggalkan oleh dua menteri besar daripada PPBM sebelum ini.

Beliau juga mempunyai hubungan amat baik dengan kerajaan Persekutuan dan kerajaan Singapura yang pasti memberi pelbagai manfaat kepada rakyat serta negeri Johor pada masa depan.



Sebagaimana yang kita tahu, dari segi pengalaman, Aziz jauh tertinggal di belakang. Jika dilihat dari kredibiliti keluarga, abang Aziz yang merupakan MB Selangor dilihat gagal menangani krisis banjir buruk yang melanda Selangor baru-baru ini sehingga rakyat Selangor sengsara.

MB Selangor tidak tahu langkah-langkah yang perlu diambil ketika krisis banjir. Beliau gagal keluarkan arahan kepada pusat dan agensi-agensi yang sepatutnya.

Rakyat Benut perlu bijak memilih berdasarkan kredibiliti pemimpin. Jangan tertipu dengan janji palsu seperti rakyat Selangor.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker