Buaya ‘merayau’ terkejut kerana ditangkap

BUAYA yang ditangkap APM selepas ditemui di kawasan parit tapak pembinaan di Taman Resident Prima Kinarut, Papar.

Papar: Buaya seberat 150 kilogram berjaya ditangkap di tepi parit di sebuah kawasan tapak pembinaan di Taman Resident Prima Kinarut di sini, hari ini.

Kehadiran haiwan reptilia itu disedari oleh seorang penduduk yang kebetulan lalu di kawasan tapak pembinaan berkenaan pada 8 pagi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada seorang pengadu pada 8.15 pagi.

“Bimbang dengan keselamatan penduduk taman dan pekerja tapak pembinaan, pengadu kemudiannya menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataannya di sini.



Menurutnya, operasi menangkap terus dijalankan sebaik pihaknya tiba di lokasi pada 9 pagi.

“Haiwan sepanjang empat meter dengan berat 150 kilogram itu akhirnya berjaya ditangkap dan kemudiannya diserahkan kepada Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU).

Buaya ‘merayau’ terkejut kerana ditangkap


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker