Pas jangan jadi pak turut – Khairuddin

Pas jangan jadi pak turut – Khairuddin

Pas tidak perlu menjadi pak turut lebih-lebih lagi untuk kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ahli Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pemimpin Pas Pusat perlu memimpin dengan kaedah kempen yang betul dan berhemah kepada pimpinan pertengahan dan bawahan.

“Jika ada rakan memulakan kata-kata yang kasar, bukanlah kita orangnya untuk membalas dengan kekasaran juga kerana kita adalah pendakwah.

“Mereka di bawah hanya tahu ‘kami dengar dan taat’,” katanya menerusi hantarannya di Facebook hari ini.

Katanya, meski pun akan berlaku pertembungan dalam PRN Johor antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Harapan (PH), Pas boleh mengekalkan semangat kerjasama dengan kempen yang berhemah berasaskan ‘Budaya Politik Matang Sejahtera.’

“Kempen mengajak rakyat Johor bersama Pas dengan menjelaskan matlamat perjuangan dan usaha serta kejayaan Pas menguruskan kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

“Itu kempen berhemah.

“Tidak perlu mengungkit cerita lama, perangai lama, tuduh-menuduh yang lama dan kezaliman lama kerana semuanya hanya bertujuan membakar sentimen kebencian yang tidak menguntungkan politik umat Islam jangka masa Panjang,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, tidak wajar rahsia-rahsia mesyuarat berdua dan bertiga dijadikan modal kempen terbuka kerana Nabi Muhammad SAW mengajar menyimpan rahsia mesyuarat dan perbincangan.

“Sabda Baginda, ‘ahli mesyuarat diberi amanah (kerahsiaan)’.

“Kepada yang terlajak masih ada masa untuk membetulkan keadaan dengan menyusun strategi baru.

“Kita mahu menggamit sokongan anak muda dan penyokong atas pagar dan juga mereka yang simpati dalam kalangan penyokong UMNO/BN dan PH untuk menyokong kita bukan sekadar mengekalkan penyokong tegar Pas,” katanya lagi.

Mohd Khairuddin berkata, keputusan Muzakarah Majlis Syura Ulamak pada 31 hb Disember 2021 sebagaimana kenyataan rasmi oleh Mursyidul Am iaitu kekal memperkasakan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

“Sehingga berlaku perubahan dasar baru jika ada, maka tanggungjawab semua pemimpin dan ahli Pas ialah memperkasakan kedua-duanya,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap di ceramah Pentas PN DUN Tenggaroh mengungkapkan perkataan Tamil ‘podah’ yang bermaksud ‘boleh berambus’ mengenai dakwaan kononnya Johor merupakan kubu kuat UMNO. MG

Pas jangan jadi pak turut – Khairuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker