Dua influencer berpakaian menjolok mata ditahan

Dua influencer berpakaian menjolok mata ditahan

JOHOR BAHRU: Perbuatan tidak senonoh dua pempengaruh atau ‘influencer’ lelaki yang berpakaian wanita dan berpenampilan seksi serta bergambar di hadapan Laman Mahkota Bukit Serene yang juga antara mercu tanda Johor mengundang padah apabila ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, dua lelaki berkenaan masing-masing berusia 24 dan 27 tahun ditahan di Taman Nusa Bestari dan di bandaraya ini antara jam 12.30 hingga 1.30 tengah hari.



Beliau berkata, mereka ditahan bagi membantu siasatan suatu paparan tular daripada akaun facebook (FB) Bryan Wee dan Deacon Chai, semalam.

Beliau berkata, paparan itu disunting dan dikongsi di halaman FB Persatuan Bangsa Johor.

“Ia menunjukkan imej dua lelaki tempatan berpakaian wanita merakam gambar kurang sopan di hadapan Laman Mahkota Istana Bukit Serene di sini.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara.



“Jika disabit kesalahan boleh dihukum dengan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya dan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan jika disabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

“Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana saringan awal ujian air kencing kedua-duanya didapati mengandungi dadah jenis ketamin. Kedua-dua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan,” katanya.

Rupiah turut menasihatkan orang ramai supaya lebih beretika dan tidak menggunakan platform laman sosial untuk menyebarkan imej yang boleh menggugat keharmonian negara.

“Kita tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.



Sebelum ini, gambar dua pempengaruh itu tular di media sosial hingga ia menerima pelbagai reaksi daripada netizen terutama penduduk Johor yang tersinggung dengan perbuatan berkenaan.

Aksi pempengaruh berkenaan di laman berkenaan terletak di hadapan pintu utama Istana Bukit Serene juga dipersoal netizen kerana dianggap sebagai menghina institusi diraja Johor selain menjejaskan imej bandar raya ini yang menjadi pintu masuk ke negara ini. BH

Dua influencer berpakaian menjolok mata ditahan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/



Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker