Najib bidas PH dan PN, pengurusan ekonomi ke laut, hanya tahu ‘gali lubang tutup lubang’

 

Gali lubang untuk tutup lubang.

Selepas PRU14, kerajaan PH yang juga termasuk Parti PPBM telah banyak menjual aset-aset negara – terutamanya ialah dari Khanazah Negara.

Semasa saya mula menjadi PM dan pengerusi Khazanah, nilai aset Khazanah telah naik dari RM33 bilion ke RM116 bilion.

Antara aset yang dibina oleh Khazanah termasuk syarikat rangkaian hospital IHH Berhad yang kita bina menjadi syarikat rangkaian hospital kedua terbesar dalam dunia dengan nilai RM50 bilion.

Selepas PRU14 pula, kerajaan PH telah menjual sebahagian saham dalam IHH Berhad kepada negara Jepun dengan harga RM8.4 bilion sehingga IHH berhad bertukar dari syarikat milik Malaysia ke syarikat milik Jepun.

Masa itu walaupun saya amat marah, saya telah bercadang untuk dana RM8.4 bilion itu digunakan bagi menepati janji manifesto PH untuk menghapuskan sepenuhya hutang peneroka yang berjumlah RM7 bilion masa itu.

Tetapi kerajaan PH dan PN tidak berbuat demikian.

Ramai yang tidak sedar bahawa pada akhir tahun 2020 di bawah kerajaan Muhyiddin, FELDA telah meminjam RM9.9 bilion dengan menerbitkan Sukuk dengan tujuan utama ianya digunakan untuk menghapuskan hutang peneroka.

Jadi, kenapa pula dana yang diperolehi dari penjualan aset negara tidak digunakan untuk menghapuskan hutang peneroka tanpa syarat tetapi FELDA kena meminjam RM9,9 bilion lagi dan penghapuskan hutang peneroka perlu bersyarat dan peneroka
diperlukan untuk menandatangani perjanjian penghapusan hutang?

Kenapa perlu gali lubang untuk tutup lubang?

Siapa yang akhirnya akan membayar balik penambahan hutang RM9.9 bilion ini?

Najib Razak

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker