Muhyiddin persenda nama allahyarham bapa saya

Muhyiddin persenda nama allahyarham bapa saya

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui terguris dan kecewa dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersendakan nama bapanya dalam ceramah politik semalam.

Presiden UMNO itu berkata, beliau sama seperti insan lain mempunyai hati dan perasaan jika nama ahli keluarga dipersendakan di hadapan khalayak untuk ditertawakan.

“Ramai bertanya, apakah saya tidak marah dengan kata-kata yang dilemparkan secara semborono oleh Mahiaddin (Muhyiddin) dalam ceramah politiknya?



“Sebagai insan biasa tentunya saya seperti anda semua punya hati dan perasaan yang mampu untuk berasa terguris dan kecewa,” katany menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, ramai juga bertanya kepadanya apakah beliau tidak geram dengan perbuatan Presiden Bersatu itu mempermainkan nama bapanya untuk ditertawakan oleh penyokong PN.

Katanya, beliau juga seperti yang lain, anak kepada seorang ayah.

“Allahyarham Haji Raden Hamidi Haji Raden Abdul Fateh bapa yang sangat saya kasihi dan sayangi. Sebagai anak, pastinya saya berasa sedih apabila nama bapa dipermainkan dan dihina sebegitu rupa oleh bekas menteri kerajaan Pakatan Harapan itu dikhalayak ramai,” katanya.



Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat Malaysia tidak berbuat seperti Muhyiddin hanya kerana berbeda pendirian politik sehingga pupus nilai kemanusiaan dan kesopanan sesama sendiri.

Kata beliau, cara bekas perdana menteri itu bukan politik yang matang dan sejahtera malah bukan juga nilai politik yang mahu diwariskan kepada pengundi muda serta generasi masa hadapan.

Hal itu, katanya, tidak boleh disamakan dengan pendedahannya mengenai nama sebenar seorang pemimpin politik berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) beberapa tahun lalu.

“Saya seterusnya menyatakan dari lubuk hati yang paling dalam, saya sebenarnya berasa simpati terhadap Tan Sri Datuk Haji Mahiaddin bin Md. Yasin.



“Simpati melihat karakternya yang sedang amat tertekan, terdesak dan keresahan untuk berdepan PRN Johor sehingga meroyan dan meranyah sebegitu buruk,” katanya.

Ahmad Zahid menjelaskan, setiap insan memiliki hati, maka sama-samalah mendoakan agar Muhyiddin sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah.

“Jika benar saya marah beliau (Muhyiddin) tidak mahu melepaskan kes mahkamah pastinya beliau tidak mampu jadi perdana menteri sehingga 17 bulan lamanya.

“Jika benar saya marah beliau tidak mahu melepaskan kes mahkamah pasti sudah lama Malaysia berdepan PRU-15. Malah, saya cekal menghadapi pendakwaan terpilih yang dikenakan kerajaan PH terhadap saya di atas prinsip berani kerana benar.

“Tidak sesekali saya sanggup menggadaikan UMNO, apatah melompat parti mahupun berselingkuh dengan musuh untuk mengelak daripada didakwa,” ujar beliau.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, jika mahu terlepas daripada pendakwaan terpilih barangkali harus saja beliau mengabaikan mandat akar umbi UMNO menolak kerjasama PPBM.

Tetapi, haruskah beliau melanggar amanah itu, sedangkan, seseorang yang yakin dirinya tidak bersalah satu-satunya diharapkan cumalah perbicaraan yang adil dan saksama.

“Sebenarnya kita harus berasa sangsi dengan dakwaan dibuat oleh seseorang yang telah terbukti mampu untuk berbohong dan memutarbelit apa sahaja demi kuasa.

“Sehingga sanggup memutarbelit titah Yang di-Pertuan Agong mengenai Ordinan Darurat untuk berbohong kepada Parlimen, malah tergamak menipu nama sebenar.

“Sanggup merancang scheme of things yang melanggar undang-undang dan prinsip demokrasi bagi ‘membeli’ sokongan wakil rakyat supaya bertambah berkuasa dan sanggup pula menawarkan sogokan secara terbuka di kaca televisyen kepada ahli Parlimen supaya menyokongnya kekal sebagai perdana menteri,” katanya.

Katanya, sikap ‘angkat bakul’ Muhyiddin dan kutukannya terhadap beliau serta nama bapanya bukan nilai sebenar Bangsa Johor. MG

Muhyiddin persenda nama allahyarham bapa saya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker