PRN Johor, Pembahagian kerusi MCA hampir selesai

PETALING JAYA: Pembahagian kerusi akan ditandingi MCA pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini belum dimuktamadkan dan masih dalam proses perbincangan dengan Barisan Nasional (BN).

Presiden MCA, Wee Ka Siong, berkata perbincangan dilakukan secara musyawarah serta atas semangat perkongsian kuasa antara parti komponen BN dan akan diumum sebelum penamaan calon.

“Apa saja dibincangkan tidak boleh didedahkan dan apa yang belum dimuktamadkan tidak wajar dimaklumkan. Kita bukan nak tuntut kerusi melalui media (kalau ada laporan tuntutan kerusi dalam media) itu hanya perang mulut saja.

“Kita akan cari formula terbaik untuk semua pihak,” katanya menurut laporan Sinar Harian.



Ketika ditanya mengenai sentimen pengundi Cina pada PRN Johor, beliau berkata, secara umumnya rakyat perlu menilai pihak yang boleh membawa dan mengutamakan kestabilan politik di negeri itu.

MCA tewas di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Di peringkat Parlimen pula, hanya Wee yang berjaya mempertahankan Ayer Hitam dengan majoriti 303 undi.

PRN Johor, Pembahagian kerusi MCA hampir selesai


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker