Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

“Pihak yang mengejar harta bukannya isteri arwah (Abam Bocey) sebaliknya plaintif-plaintif,” kata Hakim Zulqarnain Hassan di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika keputusan prosiding kes saman fitnah membabitkan keluarga Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan terhadap Siti Nor Hidayah Mohd Ali selaku defendan.

Dalam kes itu, ibu, Allahyarham Sabariah Arshad; bapa, Syed Mohd Ridzuan Syed Hassan; kakak, Sharifah Nor Wahidah Syed Mohd Ridzuan dan Ali Puteh dinamakan masing-masing plaintif pertama hingga keempat.



Ketika membaca keputusan penghakimannya, Zulqarnain berkata, setelah meneliti semua keterangan saksi dan hujahan peguam, mahkamah berpuas hati bahawa pihak yang mengejar harta ialah bukannya defendan sebaliknya plaintif-plaintif.

Katanya, ia jelas pada hari kedua Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia, ahli keluarga plaintif adalah pihak yang mengajak Siti Nor Hidayah untuk berbincang mengenai harta arwah.

“Malah telefon arwah diambil oleh Ali Puteh manakala beg duit arwah diambil (arwah) ibunya.

“Perbuatan itu seolah-olah tidak memahami kesedihan isteri arwah yang juga dalam dilema sedang memikirkan bagaimana untuk mengharungi masa depan dan membesarkan anak yang masih kecil,” katanya.



Beliau berkata, mahkamah berpuas hati persekitaran dan keadaan pada masa berkenaan amat menyedihkan bagi isteri Allahyarham dan dia berada dalam keadaan tertekan.

Katanya, ia jelas daripada kata-kata Siti Nor Hidayah bahawa perasaannya sedih dan satu-satu perkara yang difikirkan ialah bagaimana mahu membesarkan anak.

Menyentuh hantaran yang dibuat Ali Puteh menerusi Instagram terhadap Siti Nor Hidayah pada Februari 2020, Hakim Zulqarnain berkata, ia amat keras, melampau, menjatuhkan maruah dan mengaibkan.

“Kalau kata-kata seperti ‘kamu bodoh’ atau ‘kamu jahat’ boleh mengaibkan, apatah lagi menggunakan perkataan ‘binatang’.



Jika ditujukan kata-kata itu kepada pesakit yang uzur dan terlantar di hospital, dia akan cuba bangun lalu mempertahankan maruahnya,” katanya.

Beliau berkata, ia seolah-olah isteri Allahyarham adalah spesies asing yang kerjanya merompak harta.

Apatah lagi katanya, ia ditujukan kepada seorang wanita yang baru beberapa hari hilang tempat bergantung, masih bersedih dengan kematian pasangan hidup dan risau bagaimana mahu membesarkan anak kecil yang berusia lebih kurang setahun.

Mahkamah Sesyen pada Jumaat memerintahkan Ali Puteh membayar RM60,000 kepada Siti Nor Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan di Instagram dua tahun lalu.

Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah, 30, telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh, 34, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.

Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam prosiding pada Jumaat, Ali Puteh diwakili peguam, Noorazmir Zakaria manakala Siti Nor Hidayah diwakili peguam, Mohamed Ibrahim Mohamad, sementara usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman diwakili peguam, Hasshahari Johari Mawi.

Dalam prosiding sama, mahkamah turut menolak saman fitnah yang dikemukakan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya yang lain terhadap Siti Nor Hidayah dan Aliff Syukri dengan kos sebanyak RM13,000.

Dalam saman itu, Ali Puteh bersama bapanya, Syed Mohd Ridzuan, 67, Sabariah dan kakak sulungnya, Sharifah Norwahidah, 44, pada Julai 2020 memfailkan saman fitnah terhadap Aliff Syukri dan Siti Nor Hidayah berhubung satu temu bual yang disiarkan secara langsung di akaun YouTube usahawan kosmetik itu.

Temu bual itu didakwa telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Ali Puteh sekeluarga.

Sehubungan itu, Ahli Puteh dan keluarganya memohon satu perintah menghalang Aliff Syukri dan Siti Nor Hidayah daripada mengeluarkan sebarang pernyataan fitnah.

Mereka juga memohon agar kedua-dua individu itu membuat permohonan maaf secara terbuka, menarik balik dan memadamkan video temubual yang berbaur fitnah tersebut di kesemua media sosial milik Aliff Syukri.

Turut dimohon ialah ganti rugi am, teruk dan teladan yang akan ditaksirkan kemudian oleh mahkamah serta kos dan relif-relif lain yang difikirkan kemudian.

Kemelut antara kedua-dua individu itu tercetus selepas kematian Abam Bocey pada 10 Februari 2020 akibat demam panas. Sinar

Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker