Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengakui agak keberatan untuk “terjun” semula ke gelanggang politik dengan berkata jiwanya bukan lagi dalam bidang itu.

Bagaimanapun, Rafizi memaklumkan terdapat desakan daripada akar umbi PKR yang mahu beliau masuk ke gelanggang politik sekali lagi selepas berehat panjang.

“Sebagai manusia biasa, saya tidak boleh lari daripada mendengar gesaan dan pendapat ini, terutama apabila datang daripada sahabat yang lama bersama saya dalam PKR.

“Saya sebenarnya agak keberatan sebab jiwa saya bukan dalam politik,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, penyokong Rafizi dilaporkan mahu beliau kembali aktif di arena politik, terutama ketika PKR bersiap menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau dilihat antara pemimpin berkemungkinan tampil bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR menggantikan Mohamed Azmin Ali yang dipecat susulan “Langkah Sheraton” yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2020.

Dalam pada itu, Rafizi berkata buat masa ini beliau masih mempertimbangkannya dan akan membuat pengumuman kemudian sama ada mahu menyertai semula politik atau sebaliknya.

Kepulangan ‘Raja Formula’ dalam PKR, Anwar enggan ulas

“Pada satu ketika saya perlu maklumkan sama ada saya memang tidak akan kembali langsung ke arena politik atau menyambut jemputan sahabat akar umbi dalam PKR untuk bertanding jawatan timbalan presiden,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau memerlukan sedikit masa untuk berbincang dengan pelbagai pihak termasuk pekerja dan keluarganya sebelum memutuskan untuk menyertai semula politik atau sebaliknya.

Rafizi berkata, matlamatnya sebagai ahli politik sebelum ini sudah tercapai sebaik pertukaran kerajaan selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Katanya, hasil perubahan pada 2018, tidak ada parti yang boleh sombong mendabik dada dan angkuh dengan rakyat kerana mereka tahu akan “dihukum” melalui peti undi.

“Bagi saya, misi itu sudah dicapai pada 2018 dan saya ada peranan ke arah itu. Jadi, matlamat peribadi saya sebagai bekas orang politik telah tercapai,” katanya.

Pada Disember 2019, Rafizi mengumumkan “bersara” daripada politik kerana mahu memberi tumpuan kepada usaha mendalami ilmu pengetahuan berkaitan teknologi terkini.

Beliau sebelum itu dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 Nov 2019 daripada sabitan dan hukuman penjara 30 bulan atas kesalahan mendedahkan data bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC).


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker