Mayat penunggang motosikal dijumpai dalam tali air

Mayat penunggang motosikal dijumpai dalam tali air

Orang awam jumpa mayat penunggang motosikal dalam tali air

Mayat seorang penunggang motosikal ditemui di dalam sebuah tali air di Permatang Kerai Kecil, di sini, pada Isnin.

Mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemui orang awam sekitar pukul 8.15 pagi sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noor Zainy Mohd Noor berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Amirul Asyraf Abdul Jaafar, beralamat di Taman Pokok Sena Indah.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dipercayai telah terbabas sendiri sebelum masuk ke dalam tali air.

“Siasatan di lokasi kejadian juga mendapati kemalangan tidak melibatkan kenderaan lain” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noor Zainy, pemeriksaan lanjut ke atas mayat mangsa turut menemui kesan kelar pada bahagian kanan kepala mangsa.

Siasatan lanjut akan dijalankan bagi memastikan sama ada terdapat unsur jenayah dalam kejadian itu atau sebaliknya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk proses bedah siasat. Awani

Mayat penunggang motosikal dijumpai dalam tali air


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kita mahu PM yang menyakinkan, bukan beli katak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker