Kek kahwin: Perkara wajib tahu sebelum tempah

Kek kahwin: Perkara wajib tahu sebelum tempah

TIDAK lengkap majlis rasanya jika tidak diserikan dengan kehadiran kek kahwin.

Bukan sekadar tertunggu-tunggu masa untuk potong kek, tetapi ia juga boleh menjadi sebahagian dekorasi majlis.



Sudah tentu pemilihan kek kahwin ini sangat penting kerana ia akan dikongsikan bersama tetamu yang hadir.

Oleh itu, jangan hanya memberikan tumpuan kepada rupa luaran, tetapi rasanya juga haruslah sedap dan enak pada tekak.

Kalau sekadar cantik sahaja tapi rasanya ke laut sudah tentu akan menimbulkan cakap-cakap belakang dalam kalangan tetamu di kemudian hari.

Sebab itulah sangat penting merancang kek kahwin dari awal supaya bakal pengantin dapat memilih dan membuat keputusan dengan lebih teliti.



Dengan lambakan pengusaha kek kahwin yang boleh dicari di media sosial pada ketika ini, maka lebih banyak pilihan dapat dibuat.

Paling mustahak, baca dahulu maklumbalas atau review daripada pelanggan lain sebelum menempah dengan mana-mana pereka kek supaya tidak menangis di tepi bucu kemudian hari.

Antara acara yang paling ditunggu-tunggu ketika majlis perkahwinan sudah tentulah memotong kek.

Ia bagaikan sudah menjadi tradisi atau simbolik bagi majlis perkahwinan untuk berkongsi kek bersama tetamu yang hadir.



Disebabkan itu, pemilihan kek kahwin juga memerlukan perancangan serta persiapan yang rapi sama seperti pemilihan pelamin dan busana pengantin.

Pemilik Sugar Glaze Penang yang juga merupakan pereka kek perkahwinan, Nur Afina Mohamad Mazlan berkongsikan perkara penting yang perlu dilakukan oleh bakal raja sehari sebelum memilih kek perkahwinan.

Paling utama katanya, bakal pengantin harus tahu tema majlis perkahwinan supaya kek yang dihasilkan bersesuaian dengan keseluruhan tema.

“Bagi saya, saya akan mulakan rundingan dengan tema. Kemudian saya akan minta bakal pengantin lampirkan gambar pelamin dan baju pengantin agar bersesuaian kesemuanya pada majlis itu nanti.



“Pengantin boleh menyerahkan pada saya 100 peratus untuk merekacipta kek tersebut atau boleh lampirkan gambar contoh tetapi saya tidak akan tiru rekaan tersebut demi menghormati karya orang lain dan wajib ada signature sendiri,” katanya.

Seterusnya, perbincangan bajet juga penting untuk menentukan jenis kek yang bakal dihasilkan.

“Bajet juga penting untuk dibincang awal kerana ia seringkali menjadi pemutus sama ada pelanggan akan jadi tempah atau tidak.

“Jika tidak bersesuaian dengan bajet mereka, saya akan cadangkan pengurangan saiz atau menggantikan dengan material yang lebih mampu milik.



“Saya juga gemar mencadangkan penggunaan kek dummy kerana musim Covid-19 ini tidak sesuai hidang kek yang banyak. Memadai untuk pelanggan merasai momen tersebut jika dia memang inginkan kek yang kelihatan besar dan tinggi,” ujarnya.

Ditanya mengenai bajet bagi sesuatu kek, Afina berkata, dia selesa bekerja dengan bajet sekitar RM500 hingga RM1,000 untuk setiap kek kahwin kerana ia merupakan harga yang sesuai untuk kek bertingkat dan boleh diberi sentuhan yang lebih menarik.

“Namun, bagi kek mampu milik saya masih terima bajet sekitar RM200 hingga RM350 tetapi semestinya saiz kek tersebut adalah kecil dan rekaan pun akan bersesuaian dengan bajet. Bagi saya, sesiapa wajar mendapat kek yang cantik di hari bahagia anda,” katanya lagi.

Selain itu, kek harus ditempah awal sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan awal bagi memudahkan kerja antara kedua-dua pihak serta mendapat hasil yang lebih baik.



Pemilihan kek juga haruslah mengelakkan rekaan yang terlalu minimal kerana kek perkahwinan seharusnya tampak gah dan menarik semasa majlis berlangsung.

Tambahnya, antara perkara yang paling ramai terlepas pandang ialah kepercayaan terhadap pereka kek.

“Berilah kepercayaan kepada kami supaya dapat berkarya dan menghasilkan sesuatu kek yang terbaik buat anda.

“Tetapi itu pun setelah anda menilai hasil-hasilnya yang terdahulu dan mendengar maklum balas baik dari orang lain juga,” tegasnya yang menjalankan perniagaan kek kahwin secara dalam talian.

Tema bunga

Ditanya mengenai trend kek kahwin terkini, usahanita asal Pulau Pinang itu berkata, kek yang masih mendapat sambutan paling hangat adalah bertemakan bunga-bungaan.

Bagaimana pun, tema rustic dan moden juga semakin diminati ramai.

“Misalnya, Mica cake dari Sugar Glaze Penang juga sering dijadikan kek hantaran dan kek resepsi bagi sesiapa yang tidak sukakan bunga-bungaan.

Terkini Sugar Glaze Penang sedang giat mempromosikan kek yang kelihatan seolah terapung dan boleh berpusing di atas. Diharapkan mendapat sambutan tinggi pada masa akan datang,” ujar Afina.
Kek terapung

Berkongsikan sentuhan terkininya yang memeriahkan majlis perkahwinan selebriti dan aktivis, Datin Seri Heliza Helmi dan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman baru-baru ini memilih rekaan kek terapung bertemakan Bollywood.

Dekorasi keemasan dengan latar berwarna coklat muda permintaan bakal pengantin menaikkan seri kek berkenaan.

“Kek ini adalah usahasama dengan pihak pengaturcara majlis iaitu Ben Signature Event yang membuka peluang untuk saya menghasilkan kek lima tingkat untuk majlis ini.

“Saya memberikan cadangan kek terapung dan berpusing, lantas disambut baik oleh pasangan pengantin. Ini adalah kek perkahwinan pertama yang saya hasilkan untuk pasangan artis.

“Detik ini amat bermakna bagi saya kerana Datin Seri Heliza adalah seorang ikon muslimah dan aktivis Islam yang amat disegani ramai. Sua­minya pula Datuk Seri Mahadi memang mudah berurusan dan sangat menghargai hasil kerja saya,” ulasnya yang menjalankan perniagaan kek di rumah sejak September 2018. Utusan

Kek kahwin: Perkara wajib tahu sebelum tempah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker