Khairuddin buktikan kejantanan! Umum letak jawatan

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha dan ahli Majlis Syura Ulamak (MSU) Pas sebentar tadi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, dia mengumumkan perletakan jawatan sebagai Setiausaha MSU Pas dibuat mengikut peruntukan perlembagaan parti di bawah Fasal 8(7).

“Saya dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Syura Ulamak (MSU) Pas yang diadakan secara hibrid pada malam semalam, 20 Februari, jam 9 malam sebagai ahli dan Setiausaha MSU.



“Pada mesyuarat berkenaan, saya mengumumkan peletakan jawatan atau pemberhentian sebagai Setiausaha MSU berdasarkan peruntukan Perlembagaan Pas Fasal 8(7).

“Saya juga meletakkan jawatan atau pemberhentian sebagai Ahli MSU berdasarkan peruntukan Perlembagaan Pas Fasal 8(5),” katanya.

Beliau turut merakamkan perhargaan kepada parti Pas yang memberi peluang untuk beliau berkhidmat sebagai ahli MSU Pas sejak tahun 2013 dan seterusnya dilantik sebagai Setiausaha MSU sejak 15 Disember 2020.

“Rakaman jutaan terima kasih juga kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Haji Hashim Jasin dan semua Ahli MSU yang telah bertindak selaras dengan Perlembagaan Pas untuk mengelakkan sebarang krisis perlembagaan parti,” jelasnya.



Mohd. Khairuddin berkata, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen Pas dan tugasan-tugasan lain dalam parti

Khairuddin umum letak jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli



Mengapa MUDA Sangat Mesra Dengan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker