Semarak Niaga Keluarga Malaysia pelengkap fasa pemulihan pasca Covid-19 – Ismail

Semarak Niaga Keluarga Malaysia pelengkap fasa pemulihan pasca Covid-19 – Ismail

Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia merupakan pelengkap kepada usaha kerajaan melalui sektor kewangan, kata Perdana Menteri.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, inisiatif ini dilaksanakan bagi menyediakan kemudahan pembiayaan dan bantuan bayaran balik pinjaman terutamanya dalam fasa pemulihan pasca pandemik ini.



“Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia dengan nilai keseluruhan berjumlah RM40 bilion akan memperbanyakkan akses pembiayaan kepada sektor perniagaan, terutamanya untuk pengusaha PMKS dan sektor informal.

“Program ini merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti untuk dimanfaatkan oleh setiap golongan usahawan,” katanya dalam ucapan pelancaran Inisiatif SemarakNiaga Keluarga Malaysia (“SemarakNiaga”) di ibu negara hari ini.

Hadir sama Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz dan dua timbalannya, Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Yamani Hafez Musa.

Pada pembentangan Belanjawan 2022 tahun lalu, Tengku Zafrul memaklumkan sejumlah keseluruhan RM40 bilion disediakan kerajaan menerusi pakej pembiayaan di bawah Program Semarak Niaga Keluarga.



Di bawah inisiatif itu, antaranya, pembiayaan kredit mikro bernilai hampir RM2.2 bilion disediakan melalui pelbagai agensi seperti TEKUN, Agrobank, Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Rakyat dan Bank Negara Malaysia.

Ismail Sabri berkata, ia adalah keprihatinan kerajaan terhadap keperluan akses kepada pembiayaan dengan kadar faedah yang rendah.

“Dalam perkara ini, Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional atau CBRM, akan menawarkan pinjaman sehingga RM10,000 pada kadar faedah 0 peratus dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal. Saiz dana untuk program ini sahaja berjumlah RM200 juta.

“Bagi usahawan agro-makanan pula, skim mikro kredit oleh Agrobank akan menawarkan pinjaman sehingga RM75,000 pada kadar 0 peratus untuk enam bulan pertama beserta kemudahan moratorium sehingga enam bulan.



“Bagi perniagaan yang lebih matang, institusi kewangan seperti SME Bank akan menawarkan pinjaman sehingga RM10 juta di bawah skim IBS Promotion Fund 2.0 dan RM1 juta di bawah Program Pembiayaan Usahawan Muda 2.0 (atau YEF 2.0). Secara kolektif, saiz dana untuk kedua-dua skim ini berjumlah RM300 juta,” kata Ismail Sabri.

Dalam pada itu, bagi memastikan syarikat yang mempunyai kekangan untuk mendapatkan dana baharu, satu pembiayaan dengan peruntukan RM80 juta secara geran padanan untuk Malaysia Co-investment Fund, tambahan kepada pelaburan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad atau BPMB, sebanyak RM100 juta turut diberikan.

“Bagi membantu syarikat yang berdepan masalah keberhutangan atau gearing yang tinggi, kaedah pendanaan melebihi RM2.2 bilion melalui pelaburan ekuiti dan quasi-equity turut tersedia.

“Kaedah ini diterajui oleh SME Bank dengan dana bernilai RM600 juta. BPMB juga akan menawarkan Skim RESET, atau Rehabilitation and Support Through Equity, dengan saiz dana sebanyak RM500 juta,” jelas Ismail Sabri lagi.



Selain itu, Bank Negara Malaysia (BNM) juga menyediakan Business Recapitalisation Facility bernilai RM1 bilion untuk tujuan yang sama. MG

Semarak Niaga Keluarga Malaysia pelengkap fasa pemulihan pasca Covid-19 – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker