Nak saya jadi juri, buat yang ini dahulu – Hattan

Nak saya jadi juri, buat yang ini dahulu – Hattan

KEBELAKANGAN ini, seakan sudah tercipta satu suasana lazim yang mana, setiap kali artis atau selebriti yang duduk di kerusi juri sesebuah pertandingan, pasti menjadi bahan pertikaian golongan netizen.

Pelbagai sudut menjadi perhatian netizen dan penonton. Sama ada niatnya untuk meraih dan mempelajari sesuatu, atau pun mencari titik kesilapan yang ada pada juri itu pula.

Walhal, kalau sudah diberi mandat untuk duduk di kerusi juri, tentu sahajalah mereka dikira orang yang tepat dan berkelayakan. Kriterianya pasti sudah dinilai dengan baik oleh pihak produksi dan stesen TV tersebut.

Namun, ada berpandangan, segelintir juri tidaklah begitu berani dan lantang ketika menjalankan tugas dek kepatuhan kepada arahan atau garis panduan tertentu stesen TV.

Sebegitu terikat? Atau sebenarnya lebih baik lontarkan hujah berdasarkan pengalaman dan ilmu? Pancaindera cuba mengorek isi hati penggiat seni yang pernah duduk di kerusi juri.

Bagi penyanyi bertaraf legenda negara, Datuk Hattan, dia lebih senang untuk berpegang kepada prinsip melakukan sesuatu demi kebaikan industri dan nama baik negara.

Mungkin ada beranggapan caranya agak tajam sebagai juri, namun pokok pangkalnya, setiap apa yang dilakukan itu perlu ada rasa ikhlas di hati.

“Kalau ada yang tak suka dengan cara saya melaksanakan tugas ketika berada di kerusi juri, lantak mereka, saya tak peduli pun kalau orang nak kecam. Itu bukan masalah saya. Tak akanlah nak paksa?

“Bukan semua orang boleh suka kita. Golongan menteri pun orang kecam bagai nak rak. Bukanlah tak terima langsung pandangan orang, terima juga.

“Cara penjurian saya ikhlas dari hati. Saya akan cakap benda yang fakta. Kalau tidak, saya tak akan cakap sebab saya ini bukan orang yang akan cakap benda kosong,”katanya.

Mengalih pandangannya berhubung adakah ternyata juri sememangnya perlu mematuhi arahan tertentu stesen TV untuk program realiti yang membabitkan mereka, kata Hattan, itu tidak berlaku pada dirinya.

Ini kerana, sejak dari awal, dia telah meletakkan pra-syarat. Andai pihak stesen TV mahu menyuntingnya sebagai juri sesebuah program, mereka perlu terima caranya.

“Saya tak pernah lagi begitu.Saya akan bagi pendapat sendiri. Kenapa saya terima pelawaan jadi juri untuk program Mic On di Awesome TV? Sebab saya boleh buat cara sendiri. Kalau orang nak saya, mereka kena terima dan saya boleh cakap tanpa ada halangan.

“Tapi tidaklah sampai setiap kali jadi juri, kerja saya asyik nak bantai peserta saja. Mula-mula saya akan beri tips. Tapi peserta ini tak boleh dimanjakan saban minggu. Kalau asyik nak fikir yang mereka takut itu ini, lebih baik mereka jangan masuk program dan bertanding. Itu bukan masalah saya.

“Masuk pertandingan, kenalah terima kritikan. Satu lagi, pertandingan bukan tempat untuk belajar. Mana cukup masa dan terus jadi bagus? Kalau nak belajar, masuk saja Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Pergi belajar dulu dengan guru vokal betul-betul,”katanya. Utusan

Nak saya jadi juri, buat yang ini dahulu – Hattan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker