Terpaksa batal tempahan kek pelanggan

Terpaksa batal tempahan kek pelanggan

Alor Gajah: “Lega hati apabila pelanggan faham dan tidak marah apabila saya terpaksa batalkan tempahan mereka,” kata mangsa ribut yang juga pengusaha kek, Muhammad Radzi Yaakop.

Dalam kejadian 6.45 petang semalam, rumah Muhammad Radzi antara kira-kira 30 kediaman di Kampung Belimbing Dalam, di sini, yang terjejas susulan hujan lebat dan ribut.

Muhammad Radzi, 31, berkata, akibat kejadian itu, sebahagian bumbung bahagian dapur dan bilik belakang rumahnya runtuh, selain ruangan membuat kek turut terkesan.

Katanya, sepatutnya dia perlu menyiapkan beberapa tempahan kek termasuk sebagai hantaran dan majlis hari jadi, namun terpaksa dibatalkan kerana ada di antara perkakas serta bahan membuat kek rosak selepas basah terkena air hujan.

“Saya membuat kek kecil-kecilan, walaupun tempahan tidak terlalu banyak, namun kerugian hampir cecah RM1,000 termasuk dengan barangan rosak.

“Satu paket kotak kek baru dibeli serta beberapa bahan membuat kek terpaksa dibuang kerana basah dan tidak dapat digunakan lagi kerana terkena air hujan,” katanya.

Menurutnya, sebelum mengambil tempahan dan membuat kek semula, dia perlu melakukan kerja pembersihan dan membaik pulih bumbung terlebih dahulu.

Katanya, dia mungkin tidak dapat mengambil tempahan dalam tempoh seminggu atau dua minggu sehingga selesai membaik pulih bumbung rosak.

“Sebelum ini, rumah hanya kerap dilanda banjir, tetapi tidak pernah lagi sampai ada bumbung tercabut dan roboh, ini kali pertama kali berlaku.

“Apapun, saya tetap bersyukur kerana kami selamat kerana ketika kejadian, mereka berada di ruang tamu manakala saya keluar mengangkat baju di ampaian di belakang rumah sebelum lihat ‘awning’ terbang.

“Memang seram dan takut tengok angin ketika itu selain kejadian berlaku dengan pantas apabila tiba-tiba sahaja bumbung roboh,” katanya. HM

Terpaksa batal tempahan kek pelanggan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker