Nurul Iman kena buang tempurung kepala

Nurul Iman kena buang tempurung kepala

PASIR MAS – Seorang kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan bersama ibunya yang hamil sehingga menyebabkan bayinya terkeluar daripada rahim di Kampung Banggol Stor, Repek di sini Jumaat lalu selamat menjalani pembedahan semalam.

Mangsa, Nurul Iman Maisara Mohd. Khairi, 6, menjalani pembedahan membuang tempurung kepala di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian selama tiga jam dan selesai pada pukul 7 pagi



Bapanya, Mohd. Khairi berkata, anaknya kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM selama dua hari dan akan menjalani rawatan susulan di hospital berkenaan.

“Saya merayu kepada semua untuk mendoakan anak saya kembali sembuh seperti biasa.

“Nurul Iman menjadi kekuatan buat keluarga saya kerana perwatakannya saling tak tum­pah se­perti arwah isteri saya (Nor Haliza Abdul Yazaib),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Baru-baru ini seorang ibu yang sarat mengan­dung maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah motosikal lain di Kampung Banggol Stol.



Dalam kejadian pada pukul 7 malam itu, Nor Haliza meninggal dunia di lokasi kejadian selepas bayi lelaki di dalam kandungannya terkeluar dari rahim selain mengalami kecederaan pada beberapa bahagian anggota badan.

Nahas itu turut mengorbankan seorang lagi penunggang motosikal, Muhamad Shakim Mohd. Zaki, 18. K Online

Nurul Iman kena buang tempurung kepala


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)



Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker