Lelaki Ini Berani Sungguh Dan Selamba Bersenam Di Balkoni Tingkat 12 Pangsapuri [VIDEO]

Lelaki Ini Berani Sungguh Dan Selamba Bersenam Di Balkoni Tingkat 12 Pangsapuri [VIDEO]

SELEPAS kecoh dengan video di mana seorang remaja bergayut di balkoni tingkat 10 sebuah pangsapuri demi mengambil sari ibunya yang terjatuh, kini insiden serupa mencuri perhatian warganet.

Menerusi video yang kini tular di media sosial, seorang lelaki dilihat selamba melakukan senaman dengan tergantung di balkoni tingkat 12 sebuah pangsapuri.

Difahamkan, video tersebut dirakamkan di sebuah pangsapuri, juga di daerah yang sama dengan insiden pertama iaitu di Faridabad, India.



Aksi berbahaya itu dirakamkan oleh seorang penduduk yang menghuni bangunan bertentangan.

Presiden persatuan penduduk di kawasan berkenaan dipetik sebagai berkata, lelaki berusia 56 tahun itu sebenarnya mengalami gangguan mental.

Warga emas berkenaan menetap di unit pangsapuri itu bersama seorang anak lelaki berusia 28 tahun.

Selepas kejadian tersebut, pihak berkuasa telah mengarahkan ahli keluarga lelaki berkenaan untuk sentiasa mengawasinya kerana bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku. – India.com



Lelaki Ini Berani Sungguh Dan Selamba Bersenam Di Balkoni Tingkat 12 Pangsapuri [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker