MCA tidak akan soal agihan kerusi di media

MCA tidak akan soal agihan kerusi di media

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong memberitahu pihaknya tidak mahu mencetuskan ‘perang mulut’ sesama parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam soal agihan kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini dengan membuat kenyataan media.

Ka Siong sebaliknya memberitahu, mereka mahu perbincangan itu diadakan secara bermusyawarah sesama parti komponen yang terlibat.

“Soal agihan kerusi, apa yang dibincang tidak boleh dimaklumkan kecuali sekiranya ia sudah dimuktamad kerana saya sudah beberapa penggal lihat, apa yang belum muktamad tidak wajar dimaklumkan.

“Kita bukan hendak tuntut kerusi melalui media, itu cuma akan jadi ‘perang mulut’ sahaja, sebaliknya bagi kita yang penting adalah mencapai kata sepakat melalui semangat musyawarah pada akhirnya.

“Jangan bimbang kerana kita sedang melalui proses itu, kita akan bincang dan cari formula yang dipersetujui semua pihak. Masih ada ruang berbincang, ‘no issue’,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti di Hotel Renaissance, di sini hari ini. Hadir merasmikan majlis, Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad.

Sementara itu, beliau turut mengulas sentimen masyarakat negeri ini termasuk pengundi Cina yang mahu sebuah kerajaan negeri yang stabil berbanding faktor-faktor lain.

“Saya realistik, bukan ikut perasaan atau apa-apa sebaliknya yang penting adalah apa yang rakyat rasakan iaitu mereka mahu kestabilan politik kerana itu akan menjadi faktor kekuatan ekonomi kerajaan negeri.

“Saya tidak mahu membuat ramalan walaupun dapat rasa perbezaan sentimen (pengundi Cina terhadap BN berbanding 2018), tetapi sebaliknya kita perlu berwaspada dan bertungkus lumus lakukan yang terbaik.

“Sehubungan itu saya berharap pengundi di Johor akan buat keputusan yang bijak dalam memilih wakil rakyat mereka, dan apa sahaja keputusan rakyat perlu dihormati,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ka Siong meminta semua parti politik akur dengan prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kelmarin.

Katanya, ketetapan dibuat membabitkan SOP berkenaan adalah demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat negeri ini khususnya daripada pandemik Covid-19.

Menurut beliau, sebaliknya parti politik harus bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berkempen walaupun dalam keadaan terhad hanya kepada seramai 100 orang. Utusan

MCA tidak akan soal agihan kerusi di media


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker