Akaun Twitter BermanaTV digantung: SKMM

Cyberjaya: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Twitter, menggantung akaun ‘BermanaTV’ (@Bermanadotcon) yang didapati melanggar Piawaian Komuniti ditetapkan oleh penyedia platform media sosial itu.

SKMM dalam kenyataan hari ini menyatakan paparan di akaun tersebut sering mengelirukan masyarakat, dengan berselindung di sebalik nama parodi yang seolah-olah dikaitkan dengan sebuah agensi berita nasional.

“SKMM menghargai tindakan yang diambil oleh Twitter berdasarkan aduan yang dimajukan oleh SKMM. Namun demikian, langkah penggantungan atau pemadaman akaun adalah bersifat reaktif dan sementara. Akaun-akaun sebegini berkemungkinan boleh diwujudkan semula dan orang ramai perlu berwaspada agar tidak mudah terpengaruh,” menurut kenyataan itu.



Kenyataan itu menyatakan, orang ramai boleh memastikan kesahihan setiap maklumat dengan mengikuti saluran rasmi serta akaun media sosial yang mendapat lencana pengesahan biru atau kelabu daripada penyedia platform seperti Twitter, Facebook, Instagram, YouTube dan sebagainya.

Menurut kenyataan itu, lencana ini mengiktiraf bahawa sesuatu akaun media sosial berasal daripada organisasi serta individu yang telah disahkan.

“SKMM akan terus menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan kewujudan akaun-akaun palsu di media sosial yang berniat jahat.

“Akaun palsu sengaja diwujudkan untuk melindungi identiti sebenar bagi tujuan menipu, menimbulkan syak wasangka dan memecahbelahkan masyarakat,” menurut kenyataan itu lagi.



SKMM denda Astro kerana tayang dokumentari Al Jazeera ‘Murder in Malaysia’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker