Syafiq Kehilangan Anak, JDT dan FAM Ucap Takziah

Kuala Lumpur: Penyerang Harimau Malaya, Syafiq Ahmad terbabit dalam kemalangan jalan raya tragis awal pagi tadi apabila tiga ahli keluarganya maut selepas kenderaannya terbabas dan melanggar pembahagi jalan dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, Syafiq yang juga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dikatakan dalam perjalanan pulang ke Pendang bersama ahli keluarga.

Difahamkan ibu mertua dan anaknya yang baru berusia dua bulan dan pembantu rumah meninggal dunia di tempat kejadian, sementara Syafiq, isteri dan anak sulung cedera parah.

Menerusi posting terbaharu JDT di Facebook rasmi iaitu Johor Southern Tigers, menyampaikan salam takziah buat Syafiq di atas kehilangan insan tersayang.

“Kami ingin mengucapkan salam takziah kepada Syafiq Ahmad, pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim atas pemergian ahli keluarga beliau. Semoga dicucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut menghulurkan salam takziah kepada pemain bola sepak kebangsaan itu.

“Semoga Allah mengampuni dosa dan mencucuri rahmat ke atas roh mereka serta meringankan musibah Syafiq seisi keluarga. Al-Fatihah.”

Penyerang JDT, Syafiq Ahmad Kemalangan, Tiga Termasuk Bayi Maut – Al-Fatihah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker