Victoria Secret pilih wanita ‘down syndrome’ jadi model

Victoria Secret pilih wanita ‘down syndrome’ jadi model

JIKA sebelum ini jenama produk wanita, Victoria’s Secret memilih barisan model jelita seperti Adriana Lima, Karlie Kloss, Heidi, Miranda Kerr, Stella Maxwell dan Gigi Hadid sebagai wajah kempen, konsep tersebut bagaimanapun telah berubah.

Terdahulu Victoria’s Secret boleh dikatakan hanya mengambil model yang memiliki bentuk badan mempesona dan dianggap sempurna untuk menjadi ‘angels’ sekali gus berjalan di atas pentas peragaan.

Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan in, sasaran jenama tersebut mula mempamerkan perubahan dengan menggunakan pendekatan lebih prihatin iaitu What Women Want? atau Apakah Keinginan Wanita?

Itu bermakna, tiada lagi wajah jelita bak primadona melainkan realiti kehidupan manusia yang sebenar.

Sejajar dengan ‘ideologi’ baharu itu, Victoria’s Secret buat julung kali mengambil wanita Sindrom Down, Sofia Jirau menjadi wajah kepada kempen mereka.

Kehadiran model berusia 24 tahun itu sekali gus memecah tradisi jenama tersebut.

Pelantikan model asal Puerto Rico itu menjadi individu Sindrom Down yang pertama memperagakan produk pakaian dalam Victoria’s Secret bagi koleksi Love Cloud.

Jirau turut menjadi antara 17 wanita lain yang turut terlibat menjayakan kempen berkenaan.

“Saya tidak menyangka impian saya selama ini sudah menjadi kenyataan. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan terhadap apa yang saya lakukan.

“Terima kasih kerana telah memilih saya dan ini adalah satu permulaan yang baik. Saya berpendapat ini adalah salah satu cara untuk menaikkan motivasi diri khususnya wanita,” kongsi Jirau dalam satu entri di media sosial.

Wanita itu sebenarnya telah menjadi model sejak tahun 2019 dan memiliki jenama dalam talian yang dipanggil, Alavett serta menjadi antara model Sindrom Down yang berjalan di atas pentas Minggu Fesyen New York 2020.

Dalam kempen What Women Want? itu juga menampilkan beberapa gabungan model profesional dan bukan profesional tanpa mengira latar belakang warna kulit, bentuk fizikal badan dan perbezaan umur.

Barisan nama seperti Hailey Bieber, Taylor Hill dan Adut Akech antara model popular yang menyertai kempen itu, manakala ahli bomba, Celilo Miles dan wanita hamil, Sylvia Buckler.

Sebelum ini, seorang wanita Sindrom Down, Madeline Stuart, 22, pernah diberi mandat memperagakan fesyen pada sesi peragaan Norish Kareem Fashion Show yang berlangsung di London, United Kingdom baru-baru ini.

Madeline yang berasal dari Australia turut menghiasi majalah Girlfriend Mag yang menjadi idamannya selama ini. SPlus

Victoria Secret pilih wanita ‘down syndrome’ jadi model


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker