Chong Wei Nafi Kaut RM329 juta

Chong Wei Nafi Kaut RM329 juta

Tular video baru-baru ini memaparkan jumlah pendapatan diterima bekas jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sepanjang pembabitannya dalam sukan itu secara profesional sebanyak USD$75 juta (RM329 juta).

Hantaran video yang dikeluarkan portal sukan badminton Indonesia (mainraket) itu turut menyenaraikan beberapa nama besar lain yang juga berada dalam kalangan pemain badminton dengan pendapatan tinggi seperti Lin Dan juga Chen Long.

Bagaimanapun, Chong Wei menafikan dakwaan dan data yang dikeluarkan itu selain menyifatkan ia adalah taktik yang digunakan untuk tujuan menaikkan rating atau menambah jumlah pengikut portal terbabit.

“Itu semua palsu. Kalau betul cuba keluarkan satu kenyataan dan nyatakan bagaimana pengiraan yang dibuat. Jangan main keluarkan sahaja. Kalau mahu cari pengikut atau data jangan guna cara ini, ia sangat tak bagus.

“Memang betul setiap kali kejohanan yang saya sertai itu ada hadiah wang tunai yang diberikan. Tapi jumlah saya terima tak sampai pun tahap seperti dinyatakan mereka itu.

“Semua ini tak betul, kalau ianya betul saya tak akan nafikan semua itu. Saya pun akan gembira dengan apa yang saya dapat.”

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 itu juga tidak mahu memperbesarkan lagi perkara itu kerana dia sendiri memahami keadaan semasa dan juga kebebasan media yang membolehkan pengguna memuatnaik apa sahaja maklumat walaupun ianya palsu.-HM

Chong Wei Nafi Kaut RM329 juta

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker