Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Bekas perdana menteri Najib Razak menyifatkan veteran DAP Lim Kit Siang sebagai pengecut selepas menolak pelawaannya untuk berdebat.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Lim sebagai seorang yang berani memfitnah, namun kecut bila dicabar berdebat dalam bahasa Inggeris.

“Kenyataan ‘uncle’ (Lim) pagi ini. Dia kata dia tak bersara politik. Dia tak mahu debat dengan saya. Alasan kali pertama tak debat (tahun 2019): Debat antara Kit Siang dengan Najib akan mencetuskan isu perkauman.

“Alasan kali kedua tak debat (tahun 2022): Debat akan beri platform kepada Najib untuk menonjolkan diri dan menaikkan kredibiliti Najib.

“Pengecut. Berani fitnah dan tipu selama berpuluh tahun tapi kecut bila dicabar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Lim dalam kenyataan hari ini berkata bahawa dia tidak akan berdebat dengan Najib yang sepatutnya sudah menghilangkan dirinya dari arena politik Malaysia.

“Saya telah memilih untuk tidak terlibat dalam politik sebegini lagi tetapi apa yang lebih penting adalah, saya tidak akan berdebat dengan Najib Razak, kerana perkara yang terbaik yang dia boleh lakukan sekiranya dia benar-benar sayangkan Malaysia adalah untuk hilang terus dari arena politik Malaysia selepas membawa malu dan mencemarkan nama negara sebagai sebuah kleptokrasi semasa pemerintahannya sebelum ini.

“Dia hanya akan membawa lebih banyak malu kepada nama negara dengan mengatakan yang dia bangga dengan kleptokrasi Malaysia di dunia,” katanya.

Lim berkata, dia tidak berhasrat untuk memberikan apa-apa ruang kepada bekas perdana menteri itu yang hanya akan digunakan untuk meningkatkan kredibilti dan kepercayaan yang kononnya tidak ada salahnya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah kleptokrasi.

Sementara itu, Najib berkata, tidak apa jika Lim memilih untuk berdebat tetapi pemimpin DAP itu perlu menjawab enam soalan yang dikemukakannya dua minggu lalu.

Dalam hantaran berasingan, Najib turut mengkritik bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berhubung pelaburan negara dengan China.

“Tahun 2018, Mahathir fitnah Najib mahu jual Malaysia sebab negara China banyak melabur dan meniaga dengan Malaysia. Lalu banyak batalkan projek China selepas menang PRU14.

“Tahun 2022, Mahathir saran dunia untuk tidak memburukkan hubungan dengan China demi kepentingan ekonomi negara. Begitulah dia,” tulis Najib.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahkamah dimaklumkan Adun Gombak Setia minta izin bila mahu ‘main’

Jawatan MP Ampang Zuraida Sebagai MPT Bersatu Tergugur Serta-Merta – Hamzah

Pertahan PN kekal bersama MN: Kenyataan Hadi buat semua pening

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker