Pemilihan UMNO bakal dijalankan jika ROS tolak pindaan

SHAH ALAM – UMNO perlu mengadakan pemilihan secepat mungkin jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menolak keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) supaya pemilihan parti itu dibuat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tindakan itu perlu kerana UMNO sudah lebih tiga tahun tidak mengadakan pemilihan pucuk pimpinan parti selepas kali terakhir mereka berbuat demikian ialah pada Jun 2018, di mana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipilih sebagai Presiden, manakala jawatan Timbalan Presiden dimenangi oleh Datuk Seri Mohamad Hasan.

Perkara itu, adalah bersandarkan kepada kenyataan, Ketua Pengarah ROS, Jasri Kasim, pada 10 Ogos 2021 yang antara lain menegaskan bahawa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sekarang hanya berfungsi sebagai ‘caretaker’ dan tidak boleh membuat keputusan berkaitan parti terbabit.

Tempoh ‘caretaker’ berkuat kuasa adalah mulai Ogos 2021 sehingga parti menyelesaikan pemilihan dan PAU. Berikutan itu, MKT sedia ada hanya boleh melaksanakan tugas urusan hal ehwal pentadbiran UMNO dan boleh meneruskan keputusan yang dibuat ketika PAU dan mesyuarat, sebelum 30 Jun 2021.

Masalah berkenaan timbul selepas ROS mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan penangguhan pemilihan parti UMNO adalah tidah sah kerana ketetapan itu dibuat susulan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021, tamat, pada 30 Jun 2021.

Berikutan itu, UMNO perlu membuat permohonan penangguhan mesyuarat agung atau pemilihan dengan mengemukakan cadangan tarikh kepada ROS.

UMNO kemudian mengadakan PAU 2021 pada 16 hingga 19 Mac lalu, namun sehingga kini masih berdolak dalik dan menangguhkan pemilihan parti sehingga selepas PRU15 nanti.

Justeru itu, sekarang timbul persoalan sama ada keputusan PAU Khas adalah sah atau tidak kerana sehingga kini ROS belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung permohonan UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti hingga selepas PRU15 nanti.

Pensyarah Kanan Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Univesiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, persoalan mengenai sama ada keputusan PAU baru-baru ini mahu menunda pemilihan UMNO sehingga selepas enam bulan PRU15 berlangsung sah atau tidak di sisi ROS boleh menimbulkan masalah kepada parti berkenaan.

Bagaimanapun, Mazlan berkata, kebiasaanya biarpun berstatus ‘caretaker’ namun, pucuk pimpinan sedia ada masih boleh memanggil ahlinya untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) seperti PAU Khas UMNO dengan syarat kena cukup ‘korum’ seperti diperuntukan di bawah perlembagaan parti berkenaan.

“Seperti kita tahu setakat ini PAU Khas UMNO sudah meluluskan pindaan perlembagaan supaya parti berkenaan boleh mengadakan pemilihan selepas PAU15, namun setakat ini ROS belum mengeluarkan kenyataan rasmi walaupun mereka sudah lama menghantar permohonan.

“Kalau ROS menolak keputusan PAU Khas berkenaan memang timbul masalah baharu tetapi sehingga kini tiada apa-apa kenyataan rasmi dikeluarkan mengenainya,” katanya kepada Sinar Premium.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas-desus ROS mungkin menolak keputusan PAU Khas UMNO baru-baru ini yang antara lain memutuskan untuk menunda pemilihan parti itu sehingga selepas PRU15 nanti atas beberapa faktor tentu.

Sebelum ini media melaporkan PAU Khas UMNO pada 15 Mei lalu, yang dihadiri oleh 2,586 perwakilan dari 192 bahagian seluruh negara sebulat suara meluluskan usul pindaan perlembagaan parti itu.

Usul yang diluluskan secara rasminya itu membolehkan MKT diberi pilihan menentukan tempoh masa pemilihan parti.

Dengan kelulusan rasmi itu, MKT UMNO akan diberi dua pilihan di bawah fasal 10.16 Perlembagaan UMNO, sama ada untuk melanjutkan selama 18 bulan tempoh pemilihan parti atau dalam tempoh enam bulan selepas PRU selesai diadakan.

Terdahulu, draf pindaan Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO itu dibentangkan Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selaku Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan dan Peraturan UMNO.

Usul pindaan itu bertujuan memastikan seluruh kekuatan parti dapat digemblengkan bagi menghadapi PRU tanpa sebarang ancaman dan risiko perpecahan.

Untuk rekod draf pindaan perlembagaan tersebut yang dibacakan Mohamed Khaled dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapannya, antara lain menyentuh usaha pindaan itu dibuat sesuai dengan kehendak politik semasa, selain menjadikan UMNO kekal relevan sepanjang zaman.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker