Polis guna handphone disaman



Polis guna handphone disaman

Seorang anggota polis disaman kerana menggunakan alat komunikasi ketika memandu di Lebuhraya Persekutuan, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada 9 pagi ketika anggota berkenaan memandu kenderaan Proton Preve dan berlogo.

“Anggota polis yang terbabit sudah dipanggil untuk siasatan dan saman dikeluarkan terhadap pemandu berkenaan mengikut Kaedah 17(A) LN166/59.

“Kejadian berkenaan tidak membabitkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.




Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan terhadap salah laku anggota yang melakukan kesalahan ketika bertugas.

Video berdurasi 14 saat itu tular di media sosial hari ini memaparkan anggota polis menggunakan alat komunikasi (telefon pintar) ketika memandu.

Orang ramai meminta tindakan tegas sama seperti orang awam diambil terhadap anggota polis berkenaan kerana melanggar undang-undang jalan raya. HM

Polis guna handphone disaman


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha



Leave a Reply

Your email address will not be published.