Najib cadang Petronas ambil alih Sapura Energy
Najib cadang Petronas ambil alih Sapura Energy
Datuk Seri Najib Razak mencadangkan agar Petronas mengambil alih Sapura Energy Bhd. dalam usaha menyelamatkan syarikat minyak dan gas tersebut.
Najib berkata, usaha pengambil alihan Sapura Energy perlu dilaksanakan segera memandangkan syarikat itu boleh dikelaskan sebagai muflis sekiranya tiada sebarang tindakan sehingga 10 Jun depan.
“Penyelamatan Sapura Energy tidak menggunakan langsung duit rakyat, sebaliknya ia akan menyelamatkan 10,500 anak tempatan yang berkemahiran dan 3,000 vendor tempatan.
“Saya mahu ajukan supaya Petronas ambil alih Petronas dan akan ada jaminan supaya RM7 bilion kontrak Sapura dapat diselamatkan,” katanya dalam sesi Debat Perdana di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di ibu negara tadi.
Katanya, dia juga yakin bahawa Petronas akan mendapat keuntungan besar selain pelabur Amanah Saham Berhad (ASB) bakal merasai manfaat sama sekiranya pengambil alihan itu dapat direalisasikan.
“Sapura Energy kekal syarikat strategik yang menjadi penggerak kepada sektor minyak dan gas negara. Syarikat ini memiliki potensi bernilai RM92 billion dalam masa dua tahun.
“Sapura Energy juga pernah menjadi syarikat minyak dan gas kedua terbesar dunia. Masalah dihadapi syarikat ini adalah membabitkan struktur industri dan kejatuhan harga minyak dunia selama tujuh tahun. Jika ada penyelewengan boleh ambil tindakan dan jika muflis yang rugi adalah negara dan rakyat,” jelasnya.
Dalam pada itu, melontarkan pandangan mengenai Sapura Energy, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu forensik audit dilakukan bagi menyiasat masalah dihadapi Sapura Energy.
“Kalau nak campur (hal Sapura Energy), pertama buat forensik audit, minta pengurusan sekarang bagi tahu penyelesaian, perlu kerajaan campur tangan? Apa syarat? Bagaimana siasatan lengkap dan rapi untuk hukum yang salah guna kuasa,” katanya.
Selain itu, Anwar juga menjelaskan bahawa masalah dihadapi syarikat itu bersifat simptomatik di mana ia mula dikesan tercetus pada tahun 2016. K Online
Najib cadang Petronas ambil alih Sapura Energy
Baca Artikel Menarik:
- Bank Negara tidak iktiraf kripto, bitcoin atau ethereum
- Suntik darah dalam makanan di pasar raya
- 5 mangsa rentung berhampiran Terowong Menora disahkan pelajar USAS
- Janda Baik ‘dihentam’ kepala air
- PRU15: BN atau PKR jadi pilihan?
- Kencing manis, darah tinggi tidak layak tunai haji
- Nasrudin tawar ‘formula penyatuan ummah’
- Pelajar IPT cedera ditumbuk, ditendang dan disamun
- Sudah pandu mabuk, cuba rasuah polis pula
- Kem terjun negara bolot lapan pingat emas
- Pemandu Myvi putih pandu secara bahaya ditahan
- Pelanggan kedai temui ulat dalam sambal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Waze punya pasal terpaksa terokai hutan
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu
Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul