Kem terjun negara bolot lapan pingat emas

Kem terjun negara bolot lapan pingat emas

HANOI – Kem terjun Malaysia membuktikan kehandalan mereka selepas menyapu bersih kesemua lapan pingat emas yang ditawarkan sukan itu di Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam.

Dalam acara terakhir semalam, atlet terjun kesayangan negara Pandelela Rinong-Nur Dhabitah Sabri melengkapkan kemenangan Malaysia apabila mengungguli 10m platform seirama wanita di Aquatic Sports Palace.



Gandingan itu mengumpul 292.14 mata selepas melengkapkan lima terjunan bagi merangkul emas kesembilan Malaysia di Hanoi, manakala pasangan kembar dari Singapura Ong Sze En-Ong Rei En membawa pulang perak dengan 225.42 mata.
Wakil tuan rumah Bui Thị Hong Giang-Mai Hong Hanh mencatatkan 185.25 mata di tempat ketiga, bagaimanapun tiada pingat gangsa diberikan memandangkan hanya tiga pasangan tersebut mengambil bahagian.

Nur Dhabitah, yang juga pembawa Jalur Gemilang, merupakan pemenang emas sulung negara di temasya tersebut menerusi acara 1m papan anjal Ahad lalu.

Terdahulu dalam acara 3m papan anjal lelaki, Muhammad Syafiq Puteh dan Gabriel Gilbert Daim meraih tempat pertama dan kedua bagi Malaysia.

Emas turut disumbangkan oleh Chew Yi Wei-Ooi Tze Liang dalam 3m papan anjal seirama lelaki, Tze Liang (1m papan anjal), Ng Yan Yee-Ong Ker Ying (3m papan anjal seirama wanita), Yan Yee (3m papan anjal wanita) dan Jellson Jabillin-Hanis Nazirul Jaya Surya (10m papan anjal seirama lelaki). MG



Kem terjun negara bolot lapan pingat emas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan



Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga

Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker