Pengundi hantu PKR: Najib cadang Rafizi buat Himpunan Blackout



Pengundi hantu PKR: Najib cadang Rafizi buat Himpunan Blackout

Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dicadangkan supaya mengadakan Himpunan Blackout selepas mendakwa terdapat 54,000 daftar pemilih meragukan dalam parti itu menjelang pemilihan.

Cadangan tersebut dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sindiran Najib tersebut bagi membalas dakwaan yang dibuat oleh parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 bahawa terdapat lebih 40,000 pengundi hantu dalam senarai pemilih.

“Raja Formula Songsang dakwa ada 54,000 pengundi hantu dalam PKR.




“Dulu mereka juga yang menipu dan menghasut rakyat untuk turun jalan raya untuk protes kononnya wujud 40,000 pengundi hantu semasa PRU-13.

“Rupanya 40,000 pengundi hantu yang mereka tipu ada dalam parti mereka sendiri. Malah naik lagi ke 54,000. Takpa. Najib cadang kamu buat lagi Himpunan Blackout.

“Siap pakai t-shirt Democracy Is Dead dan turun jalan raya untuk hasut ahli parti PKR. Lepas itu, bolehlah jual t-shirt dan cap rasmi untuk kaut untung,” sindir Ahli Parlimen Pekan itu.

Himpunan Blackout 505 pada tahun 2013 ialah satu siri perhimpunan yang diadakan di seluruh Malaysia PRU-13 untuk menyatakan rasa tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya.

Perhimpunan itu diadakan oleh parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa ada penyelewengan berada dalam mengundi.




Sebuah portal hari ini melaporkan Rafizi mendakwa pihaknya telah mengenal pasti kewujudan 54,000 daftar pemilih PKR yang meragukan di seluruh negara.

Rafizi berkata, surat aduan rasmi telah dihantar kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti pada 12 April lalu bagi memastikan anggota parti yang tersenarai dalam kelompok berkenaan tidak dibenarkan mengundi secara terbuka.

Beliau berkata, perkara itu dikenal pasti pihaknya menerusi penemuan senarai data melibatkan 1,500 nama daftar pemilih yang didaftarkan hanya bersandarkan satu nombor telefon semata-mata.

Menurut Rafizi apabila pasukannya menelefon sebahagian anggota PKR yang didaftarkan menerusi satu nombor telefon berkenaan, mereka sendiri tidak menyedari sudah didaftarkan sebagai ahli parti.

“Selain itu terdapat juga pendaftaran keahlian parti yang tidak bersertakan nombor kad pengenalan yang betul dan isu keahlian ragu disebabkan anggota parti lain yang dibawa masuk menjadi ahli PKR,” katanya seperti yang dilaporkan oleh portal tersebut.




Menurut Rafizi, proses pendaftaran keahlian parti memerlukan nama dan kad pengenalan diri. MG

Pengundi hantu PKR: Najib cadang Rafizi buat Himpunan Blackout


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Janna Nick persetan netizen

Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro



Leave a Reply

Your email address will not be published.