Ramai termakan janji PH hapuskan hutang PTPTN: Asyraf Wajdi



SHAH ALAM – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa antara gelombang kejayaan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu adalah disebabkan janji mahu menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Susulan itu katanya, ramai anak muda memenuhi ruangan media sosial empat tahun lalu begitu teruja dan menzahirkan kepuasan hati mereka kerana tidak perlu lagi membayar semula pinjaman tersebut.

“Antara janji PH yang paling berjaya mencetuskan gelombang besar kemenangan mereka adalah janji penghapusan hutang PTPTN.

“Sehinggakan ruangan media sosial empat tahun lalu pada tarikh hari ini (10 Mei) dipenuhi dengan pelbagai reaksi di kalangan anak-anak muda yang begitu seronok menzahirkan kepuasan hati mereka tidak perlu lagi membayar balik hutang PTPTN,”

katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.




Mengulas lanjut, Asyraf turut mendakwa ramai dalam kalangan ibu bapa termasuk jentera UMNO sendiri termakan dengan janji tersebut.

“Masakan tidak ada antara anak-anak mereka bersungguh-sungguh memujuk rayu.

“Bayangkan hutang PTPTN kakak sahaja yang kena bayar RM35,500, adik RM28,000. Kalau PH menang jimat RM63,500!” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut memuat naik tangkap layar individu yang menzahirkan rasa gembira dengan berita berkenaan, antaranya mereka boleh melancong ke luar negara berikutan mendakwa nama mereka sudah tidak tersenarai dalam senarai hitam.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392




Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock



Leave a Reply

Your email address will not be published.