Cabul penumpang ketika tidur, pemandu kedua bas direman 4 hari

Cabul penumpang ketika tidur, pemandu kedua bas direman 4 hari

Pemandu kedua sebuah bas ekspres direman bagi membantu siasatan kes mencabul seorang penumpang wanita yang sedang tidur ketika dalam perjalanan dari Kelantan ke Melaka awal pagi semalam.

Bernama melaporkan perintah reman empat hari hingga Khamis itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah, Hairul Azhar Mohamad terhadap lelaki berumur 27 tahun itu di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, setelah mendapat permohonan polis bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.



Dalam kejadian itu, seorang penumpang wanita berusia 21 tahun mendakwa diraba pemandu kedua bas ekspres semasa kenderaan itu berhenti rehat di Ajil, Hulu Terengganu kira-kira 4 pagi Ahad.

Berdasarkan maklumat itu, polis terus menahan pemandu kedua yang berasal dari Kota Tinggi, Johor itu, sebaik sahaja bas tiba di Terminal Melaka Sentral kira-kira 10.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Mohd Adli Mat Daud semasa dihubungi mengesahkan penahanan suspek bagi membantu siasatan kes yang melibatkan penuntut (mangsa) maktab perguruan di Melaka itu. FMT

Cabul penumpang ketika tidur, pemandu kedua bas direman 4 hari




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…



Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker