Pengarah urusan guna helikopter beli nasi ganja didakwa
Pengarah urusan guna helikopter beli nasi ganja didakwa
Seorang pengarah urusan syarikat bergelar datuk yang menerbangkan sebuah helikopter untuk mengambil pesanan bungkusan nasi ganja di Padang Ipoh didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan tidak mematuhi pelan penerbangan, tahun lepas.
Tertuduh Mohamed Raffe K Chekku, 53, yang mengaku tidak bersalah didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Padang Ipoh kira-kira pukul 9.50 pagi hingga 10 pagi, 23 Julai 2021.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohamed Raffe didakwa melanggar Kaedah-Kaedah Udara seperti yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam dalam ‘Civil Aviation Directive 2 – Rules of the Air’ di bawah Chapter 3.
Ia tidak mematuhi ‘Flight Plan’ yang dikemukakan apabila telah membuat pendaratan sebuah pesawat jenis Bell 505 nombor pendaftaran 9M-RCI di lokasi selain daripada Aerodrome yang dinyatakan dalam Flight Plan.
Pertuduhan itu dibacakan di hadapan majistret Jesseca Daimis dan kesalahan itu dikemukakan mengikut Peraturan 77(2) Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 206 (3)(a) peraturan yang sama.
Ia memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi seorang individu jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Jean Sharmila Jesudason manakala tertuduh diwakili peguam Dr Baljit Singh Sidhu.
Jesseca membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin ke atas tertuduh dan menetapkan 29 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes. Mk
Pengarah urusan guna helikopter beli nasi ganja didakwa
Baca Artikel Menarik:
- Jangan beli durian melalui aplikasi D4 Durian
- Wanita berusia 121 tahun dipercayai tertua di dunia
- Alibaba rugi RM113 bilion akibat khabar angin penahanan Jack Ma
- Osama, Zaki Cuba Nak Satukan Keluarga Penyanyi Legenda Jamal Abdillah
- Gaduh di Restoren Nasi Kandar, polis mulakan siasatan
- PRU15: Tiada Ruang Untuk Bersatu, GPS Tanding Semua 31 Kerusi Parlimen – Abang Jo
- Ibarat bom jangka, saya boleh mati bila-bila masa – Azizulhasni
- Tambang ECRL mahal, Azan pakai formula siapa – Najib
- Pemandu e-hailing tinggal pelanggan di lebuh raya
- Pekerja bengkel langgar lari guna MPV pelanggan
- Kondom berisi air mani atas cermin kereta buat ramai jijik
- Puasa 6 Syawal Dan Hukum Gabung Puasa Ganti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…
Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang
Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]